in , , ,

Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh, Muat-Turun Berganda-Ganda Di Mobile

Game indie Among Us telah meraih populariti yang tidak disangka baru-baru ini.

Menurut SensorTower, Among Us telah meraih sebanyak 18.4 juta muat turun untuk versi mobile pada bulan Ogos. Lapan kali ganda jumlahnya berbanding pada bulan Julai iaitu sebanyak 2.4 juta.

Jumlahnya tidak berhenti di takat itu. Pada bulan September, Among Us meraih lagi sebanyak 41.9 juta muat turun untuk versi mobile. Malah, di Steam juga ia merupakan salah satu game yang paling popular di platform tersebut. Walaupun game ini telah diterbitkan dua tahun lalu pada bulan Jun 2018.

Game Among Us dari pembangun InnerSloth ini memerlukan pemain seramai 4 hingga 10 orang yang akan dilepaskan di kapal angkasa. Di antara 10 orang pemain itu, akan ada satu atau dua orang yang menjadi penyamar. Tugas penyamar adalah membunuh kesemua pemain sebelum mereka dapat menyelesaikan tugasan mereka. Penyamar juga boleh sabotaj pintu, radiator, lampu, dan komunikasi di kapal angkasa tersebut untuk menghalang kemaraan pemain lain. Sementara pemain lain perlu selesaikan semua tugasan untuk menang.

Para streamers di Twitch seperti Sodapoppin, Pewdiepie, Shroud dan Ninja juga banyak membantu mempopularkan game Among Us. Ia telah meraih tontonan sebanyak 247,000, yang mana meletakkan Among Us bersama-sama dengan judul-judul game lain yang terkenal seperti Fortnite dan Minecraft.

Pembangun InnerSloth juga telah mengumumkan Among Us 2 sedang berada dalam pembikinan. Tapi tarikh keluaran masih belum diumumkan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Klasik Freedom Fighters Diterbitkan Semula Untuk PC Boleh Didapati Sekarang

Game Klasik Freedom Fighters Diterbitkan Semula Untuk PC, Boleh Didapati Sekarang

Microsoft Ambil-Alih Bethesda Dengan Nilai RM31b - Elder Scrolls, Doom Dan Lain-Lain Kini Milik Microsoft

Microsoft Ambil-Alih Bethesda Dengan Nilai RM31b – Elder Scrolls, Doom Dan Lain-Lain Kini Milik Microsoft