in

Polis London Dilaporkan Telah Menahan Remaja Yang Menggodam Pembangunan GTA 6

Pihak polis London telah mengesahkan yang mereka telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun di Oxfordshire.

Suspek dikatakan terlibat dengan aktiviti menggodam — sebahagian daripada siasatan yang dijalankan bersama Agensi Jenayah Negara (NCA) United Kingdom.

Kenyataan rasmi polis tidak menyatakan secara spesifik suspek terlibat dengan godaman sistem mana, namun menurut laporan The Desk, remaja tersebut merupakan penggodam yang telah menceroboh sistem Rockstar Games dan meniriskan banyak fail berkait pembangunan Grand Theft Auto seterusnya minggu ini.

Selain sistem Rockstar Games, suspek juga dilaporkan telah menceroboh sistem Uber baru-baru ini.

Beberapa jam selepas dunia Internet dipenuhi dengan video awal pembikinan GTA seterusnya itu, Rockstar telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan perkara tersebut, dan berjanji pembangunan game tersebut tidak akan tergendala disebabkan pencerobohan itu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberpunk 2077 Kini Menarik Lebih Dari 1 Juta Pemain Sejak Update Terbaru Dikeluarkan

Anime Onimusha Diumumkan Oleh Netflix Dan Capcom