Menu
in

Polis China, Tencent Tumpaskan Operasi Khidmat Cheat Game Terbesar Dunia, Rampas Kereta Mewah

Hasil kerjasama antara pihak polis China dan syarikat gaming gergasi, Tencent, satu serbuan telah berjaya dilakukan dan menumpaskan sebuah operasi yang memberikan khidmat cheat dalam game.

Menurut BBC, yang memetik laporan media tempatan, ia merupakan organisasi cheat game terbesar dunia. Antara operasi yang dijalankan organisasi ini adalah mencipta dan menjual cheat untuk game-game popular seperti Overwatch dan Call of Duty Mobile.

Secara kasarnya, organisasi ini telah menjana pendapatan sebanyak USD76 juta (sekitar RM315 juta) hasil mengenakan caj langganan kepada para pemain yang mahukan cheat-cheat ini.

Operasi haram ini digelar ‘Chicken Drumstick’, dan mempunyai laman web yang dijual kepada ratusan negara dan rantau. Harga langganan yang ditawarkan antaranya adalah USD10 (sekitar RM41) sehari, hinggalah mencecah USD200 (sekitar RM829) sebulan.

Serbuan ini telah berjaya merampas pelbagai aset bernilai kira-kira USD46 juta (sekitar RM190 juta), termasuk beberapa kereta mewah serta 10 individu ditahan.

Ada pembaca JomGaming yang pernah menggunakan khidmat mereka ini? Moga-moga bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version