Pelbagai pengumuman besar telah diumumkan ketika hari pertama Pokemon World Championships 2019 (PWC19) di Washington, Amerika Syarikat malam semalam untuk kesemua game kompetitif Pokemon merangkumi dari VGC, TCG, Pokken dan Pokemon Go.

Bermula dari Jumaat, 16 Ogos sehingga Ahad 18 Ogos yang diwakili dari 45 buah negara, korang boleh menonton pertandingan ini sama ada di Twitch.tv/pokemon atau YouTube Official Pokemon.

Video Game Championship (VGC)

VGC akan menggunakan Pokemon Sword & Shield bermula tahun 2020 di mana ia menunjukan ini adalah tahun terakhir untuk bertanding dalam game Pokemon Sun & Moon.

Kevin(kiri) dan Ismat (kanan) akan mewakili Malaysia di Washington DC! Sumber.

Tahukah anda, 2 pemain daripada Team Oceania adalah dari Malaysia? Dan mereka berdua Kevin Ngim dan Ismat Myron akan bermain di Washington DC dalam VCG serta berjaya mara pada hari ke-2!

Trading Card Game (TCG)

Sejak semalam, TCG fizikal serta online mendapat rotasi tahunan baru di mana deck dari Sun & Moon Ultra Prism ke atas sahaja akan boleh digunakan dalam Standard deck.

Deck yang boleh dipakai di dalam rotasi baru 2019.

Selepas special move GX, GX tag team kini V move pula akan diterapkan apabila Pokemon Sword & Shield di keluarkan.

Rotasi ini kelihatan sedikit panjang dan makan masa dari rotasi sebelum ini disebabkan kekurangan abiliti untuk ‘bench-snipe’ serta pengurangan set up energy.

Pokemon Go PvP

Untuk pertama kalinya Pokemon Go (PokeGo) berada di atas pentas PWC untuk dimain secara kompetitif! Seramai 16 orang telah dijemput secara khas untuk berlawan di arena ini. Match pertama adalah antara PogoKeing, seorang coach PvP dan UnlistedLeaf, antara pemain yang dikenali ramai dalam dunia PvP dalam format Best-of-5.

Pokken Tournament DX (Pokken) 

Pokken masih lagi menjadi antara perlawanan paling hype antara kesemua game yang berada di PWC dengan perlawanan fighting game pokemon yang dinamik! Pokken dimainkan di platform Nintendo Switch.

JomKomen!