in , , , ,

Pokemon Unite Diumumkan – 5v5 MOBA Percuma Di Mobile Dan Nintendo Switch

Jangan terkejut. Ya, korang baca tajuk di atas dengan betul. Satu game Pokemon baharu bergenrekan MOBA baru sahaja diumumkan.

Pokemon Unite telah diumumkan, sebuah game baharu dalam dunia Pokemon yang bergenre multiplayer-online-battle-arena (MOBA), pertarungan antara 5-lawan-5, yang akan dikeluarkan untuk peranti mobile dan Nintendo Switch. Paling penting, game ini adalah percuma (free-to-play).

Berita ini didedahkan dalam acara Pokemon pada malam tadi. Game ini dibangunkan dengan kerjasama Nintendo, The Pokemon Company dan Timi, sebuah studio di bawah Tencent, yang turut membangunkan Call of Duty: Mobile.

Pokemon Unite Diumumkan - 5v5 MOBA Percuma Di Mobile Dan Nintendo Switch

Saksikan trailer pertama di bawah, yang memaparkan sedikit gameplay:

https://twitter.com/Pokemon/status/1275779892404256768?s=20

Buat masa ini, mereka belum mengumumkan bilakah game ini akan dilancarkan. Apabila dikeluarkan kelak, ia akan menyokong cross-play antara Nintendo Switch, iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Satu Game Mobile Star Wars Baru Diumumkan, Dah Boleh Pra-Daftar Sekarang

Satu Game Mobile Star Wars Baru Diumumkan, Dah Boleh Pra-Daftar Sekarang

Pengarah Assassin’s Creed Valhalla Tarik Diri Selepas Tuduhan Hubungan Sulit Dengan Peminat

Pengarah Assassin’s Creed Valhalla Tarik Diri Selepas Tuduhan Hubungan Sulit Dengan Peminat