in , ,

Pokemon Sword & Shield: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Pokemon Sword & Shield (SWSH) merupakan game core Pokemon yang ke-8 berlatarbelakang daerah Galar yang menerupai United Kingdom, diterbitkan eksklusif di Nintendo Switch pada 15 November 2019.

Penulis telah bermain Pokemon Shield selama 120 jam dan reviu ini bukanlah untuk dibandingkan dengan game pokemon lain dari francais sebelumnya.

Jalan Cerita – Hari Tergelap

Anda seorang Pokemon trainer yang bakal memulakan perjalanan sebagai Trainer terhebat seluruh Galar. Sebelum memulakan perjalanan, Trainer berjumpa dengan Sonia, seorang penyelidik muda yang sedang mengkaji tentang kisah ‘The Darkest Day’ beribu tahun dahulu. Sonia merupakan cucu kepada Prof. Magnolia dan membawa anda untuk memilih Pokemon pertama untuk memulakan perjalanan anda bersama seorang rakan sebaya bernama Hop.

Trainer dan Hop dapat memilih antara 3 starter Pokemon iaitu Sobble, Scorbunny dan Grookey. Maka Trainer pun sudah bersedia untuk memulakan perjalanan untuk melawan 8 gym dan mendapatkan kesemua lencana untuk beraksi di dalam Champion Cup menentang Leon, juara Champion Cup juga merupakan abang kepada Hop.

Dalam pertarungan battle antara Pokemon di Gym menentang Gym Leader, Pokemon dapat menggunakan kuasa Dynamax yang membuat pokemon bertukar lebih besar serta kuat sebanyak 3 gerakan sebelum kembali ke bentuk asal.

Setelah Trainer berlawan dari satu gym ke satu gym, sebuah kisah lama semakin terungkil mengisahkan kuasa Dynamax ini berkait dengan Hari Tergelap. Dalam seluruh daerah Galar, banyak artifak, lukisan dan ukiran menunjukkan 2 orang putera memegang sebuah pedang dan perisai melawan sebuah entiti ibarat raksasa.

Namun kisah ini mempunyai pelbagai versi yang telah diturunkan selama berkurun membuat Sonia bingung akan tentang cerita yang benar. Dengan pelbagai pertolongan dari Trainer dan Hop, Sonia dapat menyambungkan titik-titik cerita bahawa yang 2 putera ini sebenarnya adalah kuasa dari 2 Pokemon yang cuba melindungi dunia ini dan hilang setelah melawan entiti raksasa tersebut.

Selepas Trainer melawan kesemua 8 gym dan berjaya layak memasuki ke Champion Cup, Trainer berjumpa dengan Mr. Rose, President daerah Galar. Mr. Rose merupakan seorang yang bercita-cita tinggi untuk membawa daerah Galar ke era teknologi dan sumber tenaga yang tanpa had. Dengan itu, Mr. Rose cuba eksploit kuasa Dynamax sebelum bermulanya perlawanan Champion Cup dan telah berlakunya sebuah insiden yang tak diingini.

Gameplay

Leveling dan Evolve Pokemon

Penulis bermain story dan memakan masa dalam 27 jam untuk menghabiskan Champion Cup. Bermula dengan Pokemon low level tapi disebabkan ada exp share yang akan memberi 50% kepada Pokemon berada di dalam parti tanpa bertanding.

Kali ini pula Nintendo memperkenalkan Pokemon variasi Galar dari generasi lain dan evolusi kepada beberapa Pokemon yang sudah ada seperti Obstagoon dan Sir’Fetched.

Pokemon boleh dinaikkan level dengan memberi Candy yang boleh didapati dari max raid atau watts trader. Tak pun hantar untuk pokejobs seharian untuk menaikkan exp.

Menangkap Pokemon

Sebanyak 400 Pokemon boleh ditangkap dalam SWSH ini. Namun ada beberapa Pokemon yang perlu di-evolve melalui trade dan ‘breed’ antara 2 nurseri yang ada. Selepas mendapat kesemua 400 Pokemon ini, pemain akan mendapt shiny charm untuk menaikkan lagi kebarangkalian mendapat shiny Pokemon.

Penulis suka menangkap Pokemon dengan variasi jenis bola pokeball mengikut warna bola kerana efek corak bola apabila membaling keluar Pokemon nampak sangat ‘matching’ dan bergaya sekali.

Beberapa Pokemon adalah eksklusif antara versi Sword dan Shield dan memerlukan ‘trade’ untuk mendapatkannya. Jika nasib anda baik, menggunakan surprise trade mampu memberikan Pokemon yang belum di-register. Surprise trade memerlukan Nintendo Online Subscription (NOS) untuk mendapatkan Pokemon melalui internet. Trading pokemon dan battle card secara online juga memerlukan NOS tetapi masih boleh menggunakan local communication secara offline untuk trade pokemon apabila jumpa berdepan.

Sesetengah pokemon harus di ‘breed’ kan untuk mendapatkan form baby yang jarang berada di dalam Galar ini. Pemain boleh breed-kan pokemon natara 2 Nursery, satu di Route 5 dan lagi satu di dalam Wide Area.

Penulis menutup ‘auto-save’ sebab kadang-kadang terbuat benda yang terasa bazir or nak cuba beberapa eksploit seperti menangkap pokemon tersebut mengikut jantina yang dikehendaki, jadi, save sebelum lawan, kemudian dah lawan baru tengok jantina itu ngam ke tak. Kalau tak ngam, close application dan mula semula. Auto save akan save setiap kali pokemon ditangkap, jadi kot-kot la ter-eksiden baling masterball dekat Magikarp ke takdalah menyesal, ye dok?

Pokemon Home akan dilancarkan pada Januari 2020 nanti supaya pemain boleh transfer-kan Pokemon-Pokemon dari game lain seperti siri core Pokemon sebelumnya dan Pokemon Go. Maka, buat masa sekarang, pemain harus mencari kesemua 400 pokemon tersebut terdahulu.

Pengurusan Parti Pokemon

Sebanyak 6 Pokemon boleh dibawa ke dalam satu parti dan Pokemon lain yang ditangkap akan memasuki dalam ‘Box’ yang mempunyai 960 slot dibahagi kepada 32 kotak. Box boleh diakses dengan menekan butang R juga terus boleh masukkan Pokemon di dalam parti. Ini membuatkan persiapan berlawan Pokemon lebih senang apabila sampai di tempat tertentu mengikut cuaca.

Pacak Khemah dan Masak kari

Pacak je khemah di wild area atau mana-mana dan masak untuk diri dan Pokemon! Pemain juga dapat melawat camp orang lain di dalam server yang sama dan berkongsi bahan masakan untuk membuat kari bersama, namun pemain tidak dapat memasuki camp kawan walaupun ada notifikasi dari Y-comm.

Lebih daripada 100 jenis masakan kari boleh dibuat di camp. Kalau malas nak masuk bandar dan mencari Poke Centre untuk ‘rest’-kan Pokemon, dengan masak kari boleh memenuhkan kembali HP dan status Pokemon. Namun jika masakan hanya mendapat Bronze, PP tidak akan kembali penuh. Manakala masakan yang mendapat Silver dan Gold akan memenuhkan PP serta mendapat exp yang banyak serta pokemon akan bertambah lebih manja terhadap pemain.

Pemain juga boleh bermain poketoy (macam batang loceng kucing) dan baling bola main ‘fetch’ dengan pokemon untuk menaikkan friendship serta exp. Comel okay tengok Pokemon main kejar-kejar, ada Pokemon yang terlebih mana sanggup tolak pokemon lain nak sembang dengan tuannya. Kalau Pokemon tersebut pula baru join parti, kemungkinan besar mereka akan bergaduh, siap buli pun ada. Banyak telatah comel dan memorable masa camping ni!

Merayap Seluruh Galar

Berjalan-jalan seluruh daerah lebih senang sekarang dengan adanya train station dan flying taxi untuk pergi dari sebuah bandar ke bandar lain. Asalkan pernah sampai di bandar tersebut, pemain boleh ‘terbang’ ke destinasi tertentu dengan menggunakan flying taxi dari awal permainan. Jika pemain pernah berehat di camp NPC di dalam Galar, pemain turut boleh terbang ke tempat tersebut dari terbang ke bandar terdekat.

Pemain turut akan mendapat basikal selepas melawan gym pertama. Basikal boleh di-upgrade kepada turbo di wild area menggunakan Watts. Basikal tersebut juga boleh digunakan diatas permukaan air 3/4 pertengahan cerita. Tak payah menggunakan Pokemon untuk bergerak ke sana sini. Tapi alangkah best kalau dapat Pokemon berjalan sekali teman kita berjalan dari duduk dalam Pokeball sahaja.

Wild Area

Di dalam wild area (kawasan liar), Pokemon akan merayap berkeliaran sama ada akan lari dari pemain atau mengejar pemain! Pokemon yang lebih kuat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menjadi lebih agresif terhadap pemain dan lebih susah untuk ditangkap apabila dijumpai.

Sesetengah Pokemon akan berada di level yang lebih tinggi dan tidak boleh ditangkap jika belum mempunyai jumlah badge dari gym. Kalau la kata nak shiny hunt tetiba terserempak dengan pokemon yang lebih tinggi level, mampu menangis je la tak dapat tangkap. Jadi, lebih baik habiskan story mode kemudian lepak-lepak dalam wild area.

Konsep ini diambil dari game Pokemon Let’s Go, di mana pemain dapat melihat Pokemon tersebut berkeliaran dalam semak samun. Ada juga beberapa Pokemon sembunyi di dalam semak samun tersebut. Setiap divisi di dalam wild area akan mempunyai seekor pokemon yang akan spawn sekali setiap hari sehingga ia dilawan.

Pokemon akan spawn di tempat tertentu mengikut cuaca hari tersebut. Jadi, rajin-rajin semak pokedex apa yang boleh ditangkap hari ini kalau pernah terjumpa dengan pokemon tersebut, kalau terlepas/terbunuh, kena tunggu hari lain (melainkan exploit tukar tarikh pada konsol).

Dalam wild area ni juga terdapat banyak loot yang boleh dikutip, sesetengah loot drop secara konsisten dan akan spawn setiap hari contoh batu-batu evolusi di Lake of Outrage. Kalau berada dalam sesi online, sembang dengan pemain lain akan memberi bahan masakan, kalau ada banyak sangat atau terlebih, jual saja untuk mendapatkan duit.

Dalam wild area mempunyai currency yang dipanggil sebagai ‘watts’. Watts boleh diperolehi dari mengutip di den raid, yang tidak aktif sebanyak 200 dan aktif sebanyak 2000 sekali setiap hari. Ada juga pokemon yang mempunyai aura ibarat ‘elektrik’ di dalam wild area yang akan memberi 295 watts apabila dikalahkan atau ditangkap. Pokemon yang mempunyai aura watts ini juga turut lebih kuat daripada pokemon yang dijumpa secara random.

Berjumpa dengan Watt Trader di keliling Wild Area ini untuk membeli gerakan TR untuk dipelajari Pokemon dan pokeball seperti dusk ball, heal ball, net ball dan lain lain lagi. Inventori Watt Trader akan bertukar setiap hari dan terdapat 7 orang Watt Trader di dalam Wild Area ini menjual barang yang berlainan.

Kosmetik

League card yang boleh di-custom mengikut citarasa sendiri.

Dalam game ini jangan ceritalah duit banyak mana dapat, sementara habis main story duit ada kira-kira 800,000 coins gitu. Buat apa dengan duit itu? Selain beli pokeball dengan potion, shoppinngg bajuuuu!

Setiap bandar besar akan ada kedai baju dengan pelbagai fesyen. Ada juga jersi yang dijual dalam stadium-stadium. Rasa mahal 18 ribu tapi duit banyak jangan ceritalah tukar fesyen mau setiap hari. Selain itu, boleh pula tukar gaya rambut dan solekan, sekali tukar 3000. Kalaulah Gamefreak dapat menambahkan lagi plihan baju dan stail di masa akan datang, jadi takdalag rasa bosan dengan apa saja baju yang ada.

Setiap pemain juga dapat membuat ‘League Card’ sendiri dan boleh bertukar dengan pemain lain. League card tersebut boleh di-custom-kan di Pokecentre mengikut kreativiti pemain. League card tersebut juga menunjukkan stats pemain tersebut.

Y-Comm

Y-Comm merupakan menu untuk connect kepada pemain lain secara lokal offline atau online. Untuk notifikasi dan aktiviti paling terkini oleh rakan lain, memerlukan NSO untuk connect kepada internet. Jika ada member yang baru join raid, anda akan mendapat notifikasi dan boleh join sekali jika belum penuh. Tetapi ada kala notifikasi ini agak perlahan dan tak boleh join rakan. Fungsi Y-comm ini masih agak lemah dan boleh diperbaiki, kekadang boleh buat geram penulis nak refresh feed secara online juga.

Lagi satu fungsi yang sering penulis guna adalah ‘surprise trade’. Menukar pokemon secara random dengan sesiapa dan mengharapkan kalau boleh mendapatkan pokemon dari negara/bahasa lain untuk di-‘breed’ supaya mendapat shiny. Ramai pemain Jepun dan Korea memberi pokemon yang kuat dan juga versi eksklusif.

Post Game

Battle Tower

Battle Tower merupakan tempat untuk pemain berlawan dengan NPC dan pemain lain. Semua Pokemon akan dilaraskan kepada level 50. Pemain boleh memasuki perlawanan Single (3 pokemon) atau Doubles (4 pokemon) sambil menaikkan rank untuk mendapatkan Battle Points (BP) dan ganjaran lain lagi. Lebih banyak win streak, lebih lumayan ganjarannya.

Masa inilah nak challenge diri sendiri tengok betul tak pandai memilih pokemon dengan set up passive atau offensive menentang pokemon berlainan gerakan type.

Set Up Kompetetif

Selepas menghabiskan game pula, pemain dapat menggunakan Judge system a.k.a IV Checker untuk mengetahui kekuatan individu pokemon dengan berlawan Leon di Battle Tower.

Pokemon yang mempunyai ‘nature’ tertentu boleh ditukar dengan menggunakan mint candy yang boleh dibeli di Battle Tower menggunakan BP. Nature yang berlainan memainkan peranan stats mana yang lebih kuat dan dikehendaki oleh pemain sendiri. Tak perlu untuk breed pokemon di nurseri sampai beratus telur untuk dapakan nature yang diingini.

Pokemon yang sudah berada di level 100 boleh di hantar untuk Hyper Training menggunakan Bottle Cap untuk menaikkan IV tertentu. Pokemon juga boleh menggunakan PokeUniversiti (di pokemon centre) untuk menaikkan lagi stats EV. Pemain juga boleh ‘belajar kembali’ gerakan pokemon yang pernah dilupakan di pokemon center.

Event Max Raid

Bila jalan-jalan di dalam Wild Area, kekadang nampak beam merah atau ungu di langit. Itu bermaksud ada ‘den’ raid yang aktif menunggu untuk dilawan! Portal-portal raid yang dikenali sebagai ‘den’ boleh diaktifkan di kawasan wild area menggunakan wishing piece. Sebanyak 99 raid den ada di dalam wild area.

Max Raid Battle boleh dimain seramai 4 orang berlawan pokemon dalam bentuk Dynamax. Max Raid boleh di solo namun kemungkinan lebih ‘challenging’ dengan pertolongan lagi 3 orang NPC. Sesetengah den mempunyai ‘rare’ spawn untuk pokemon berbentuk Gigantamax. Beberapa jenis Gigantamax akan diperkenalkan lagi pada masa akan datang sebagai event.

Dynamax membolehkan pokemon anda bertukar kepada saiz gergasi. Dynamax hanya boleh digunakan sekali di dalam battle dan akan kekal sebanyak 3 kali untuk semua pokemon yang berada di dalam game ini.  Kalau Dynamax gergasi, gigantamax ini apa pula? Haa, sesetengah pokemon mempunyai versi yang lebih unik, bukan sahaja bertukar saiz dan mempunyai gerakan eksklusif ‘G-Max Move’. G-Max Move adalah lain daripada move yang ada pada Dynamax move dan mempunyai impak kepada perkelilingan.

Kesimpulan – BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

Game ini mempunyai cerita yang pendek dan ringkas, ada juga beberapa babak yang memorable tapi akhirnya ceritanya ringkas saja. Perlawanan menentang NPC senang dan kemudian makin menjadi lebih susah sebaik sampai ke Champion Cup. Selepas habiskan game, baru rasa ‘free’ nak tangkap kesemua 400 pokemon tapi takdalah senang seperti yang disangka.

Mempunyai langganan NSO lebih senang sebab apabila raid mesti ada member datang tolong masuk atau menggunakan surprise trade untuk mendapatkan pokemon. Kebanyakan pokemon yang diberikan dari surprise trade selalunya dari negara/bahasa lain boleh digunakan untuk ‘shiny hunt’ menggunakan Masuda Method untuk breeding.

Penulis banyak meluangkan masa main raid dan pusing pusing wild area mencari pokemon yang power-power dan gempak untuk bermain di dalam kompetitif nanti.

Ini merupakkan game core pertama dari francais Pokemon selepas keluaran siri Let’s Go yang lebih menyurapai Pokemon Go di Nintendo Switch. Penulis rasa banyak lagi potensi untuk game ini lebih bagus namun ia masih menyeronokkan dan tidak beberapa membosankan lebih-lebih lagi bermain bersama kawan.

+ Story yang senang
+ Gameplay sesuai untuk pemain baru
+ Multiplayer yang seronok
+ Aktiviti postgame maxraid
+ Pilihan kosmetik/fesyen
+ Boleh trade pokemon & league card secara lokal tanpa internet
+ Grafik dan overworld menarik di Wild Area
+ Pokemon camp dan memasak kari menambat hati
+ Kurang grind membuat pokemon bersifat kompetitif mengikut kehendak

Story sedikit pendek dan ringkas
Y-comm kurang efektif
Tidak boleh camping dengan kawan dalam Wild Area
Cuaca yang menyebabkan Pokemon di Wild Area spawn pada hari tertentu
Memerlukan Nintendo Online untuk surprise trade dari negara luar dan mencari orang bermain raid
Kena tunggu pokemon home lancarkan pada 2020 untuk transfer pokemon lama

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Januari 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Januari 2020

Mulakan Tahun Baru 2020 Dengan 3 Game Percuma Di Epic Games Store - Darksiders, Darksiders 2, Steep

Mulakan Tahun Baru 2020 Dengan 3 Game Percuma Di Epic Games Store – Darksiders, Darksiders 2, Steep