in , ,

Pokemon Sword & Shield Bawa 2 Expansion Pass Baru Di Luar Jangkaan

Untuk kali pertama dalam sejarah siri video game core Pokemon akhirnya mengadaptasi konsep DLC dan tidak akan membawa game ketiga kepada siri Sword & Shield (SwSh) selepas 20 tahun.

Dua expansion pass akan diperkenalkan pada hujung bulan Jun 2020 dan musim luruh 2020 nanti akan diumumkan di Pokemon Direct 09.09.2020. Kedua-dua expansion pass ini berharga USD30 untuk setiap versi Sword atau Shield. Berhati hati apabila semasa pre-order, kot-kot terbeli versi yang salah.

Cara paling selamat untuk membeli adalah dengan membeli dari dalam game SwSh korang miliki apabila menekan butang X untuk ke menu dan menekan ‘Expansion Pass’ di hujung kanan bawah yang akan membawa korang ke e-shop mengikut versi yang digunakan.

Lebih daripada 200 Pokemon dari generasi sebelum ini dan yang baru akan berada dalam kedua-dua expansion ini. Ada juga beberapa Pokemon eksklusif akan berada antara SwSh.

Pokemon Home akan dilancarkan pada Februari 2020 ini juga dapat membawa masuk Pokemon tersebut ke dalam game ini. Mereka yang tidak membeli DLC masih boleh mendapatkan pokemon-pokemon tersebut dengan transfer dari Pokemon Home atau trade dari kawan yang mempunyai DLC.

Kedua-dua map dalam expansion pass kali ini adalah seamless ibaratkan di dalam Wild Area dan Pokemon Den akan berada di seluruh map tersebut. Jadi, korang boleh berjalan sambil kawal kamera dengan lebih senang dan berlari keliling tanpa loading yang banyak.

1. The Isle of Armor

Expansion pertama ini bakal dikeluarkan pada 30 Jun 2020 (tarikh mungkin berubah) bertemakan ‘Growth’ (Pembesaran). Kita dapat lihat evolusi terkahir starter Kanto iaitu Blastoise dan Venusaur serta starter Galar iaitu Cinderace, Intelleon dan Rillaboom mendapat form G-Max dari Raid Den.

Welcome to the Dojo! Berlatih dibawah sayap sifu Mustard yang juga merupakan mentor kepada Leon dan mengadapi quest baru. Pelbagai kosmetik bertema ‘ninja/samurai’ akan dilancarkan.

NPC baru juga akan diperkenalkan kepada rival baru membawa quest baru eksklusif mengikut versi. Dalam Sword, Klara menggunakan poison type, di dalam Shield pula Avery menggunakan psychic type.

Jalan cerita expansion ini menitikberatkan tentang Pokemon Legendary terbaru, Kubfu, seekor fighting pokemon. Apabila korang menghabiskan latihan bawah Mustard, pokemon ini akan evolve kepada Urshifu. Urshifu boleh G-Max dan mempunyai 2 jenis type. Pertama, single strike style yang mempunyai move-type fighting dan dark. Kedua, Rapid style yang merupakan fighting dan water move-type.

Selepas menghabiskan training dengan Urshifu, inilah masanya untuk menyerlah di dalam Online dan Official competitions.

Selain itu, Apricorns (membuat pokeball menggunakan buah), Exp Charm dan customize basikal rotom juga akan diperkenalkan.

2. The Crown Thundra

Expansion kedua ini bakal dikeluarkan pada musim luruh 2020 bertemakan eksplorasi. Korang akan menjumpai temple yang agak ‘familiar’ dan pokok misteri yang besar di tempat paling tidak dijangka. Di sini Trainers akan berjumpa dengan pelbagai Pokemon lama dalam variasi baru.

2 ekor jenis ‘Regi’ yang baru kelihatan seperti cahaya dan kegelapan (spekulasi berdasarkan gambar je ok) bakal dijumpai di dalam temple tersebut.

Terdapat mode co-op terbaru memberi korang dan kawan-kawan untuk explore den ‘underground’ terbaru mempunyai pokemon Legendary dari siri sebelum ini untuk ditangkap. Ada juga Pokemon Legendary Kanto di dalam variasi Galar. Haa, siapa tak nak Legendary Birds ini dengan design yang lebih edgy dan garang!

Seekor Pokemon Legendary baru Calyrex adalah type psychic dan grass di mana cerita tentang misteri dan latar belakang Pokemon ini menjadi sebuah kisah lama di dalam daerah Galar. Clayrex mempunyai simbol triforce mirip francais Legend of Zelda di keliling tengkuknya. Adakah ini berhubung dengan francais Zelda dari Nintendo? Adakah Calyrex merupakan ‘true royalty’ sebelum Zacian dan Zamazenta sebagaimana al-kisah Swordward dan Shielbert mengatakan mereka adalah darah ‘keturunun diraja’ yang sebenar?

Selain itu, lebih penambahan kosmetik akan ditambahkan lagi yang kelihatan futuristik. Selepas menghabiskan segala quest yang diberi ke Trainer, lebih banyak badge untuk dimenangi dan dipakai di jersey di dalam competition.

Oh sebelum menutup berita ini, Slowpoke versi Galar sudah pun ditunjukkan. Slowpoke boleh di-evolve-kan menggunakan batu tertentu kepada Slowbro di dalam Isle of Armor atau Slowking di dalam Crown of Thundra. Buat masa sekarang, korang boleh pergi ke Wedgehurst Station dan berjumpa Karla atau Avery. Mereka bakal mengambil kereta api untuk ke Isle of Armor tiba tiba ada pula Slowpoke halang jalan, jadi terpaksalah korang tangkap Slowpoke tersebut untuk menyelamatkan keadaan!

Amacam expansion baru? Mengejutkan bukan? Dari asal di mana Gamefreak Pokemon berkata hanya akan ada 400 sahaja tetapi kini dengan season pass pertama lebih dari 600 Pokemon boleh ditangkap.

Pokemon adalah antara siri video game popular yang paling lambat adaptasi konsep ‘DLC’ berbanding pelbagai siri video game yang lain. Ramai peminat tegar lama pokemon yang marah mengatakan Pokemon SwSh memotong kandungan ini dan dibuat kepada DLC dari meletakkan sekali dari awal daripada memerah duit menggunakan konsep ini.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mark Hamill Pernah Menyatakan Minat Untuk Mainkan Watak Vesemir Dalam The Witcher Netflix

Penerbit The Witcher Netflix Beri Respon Terhadap Permintaan Mark Hamill Sebagai Vesemir

Dapatkan Rumusan Gaming Korang Di PS4 Sepanjang 2019 - Apa Game Korang Paling Banyak Main? Berapa Jumlah Jam?

Dapatkan Rumusan Gaming Korang Di PS4 Sepanjang 2019 – Apa Game Korang Paling Banyak Main? Berapa Jumlah Jam?