Pokemon Sun & Moon: Gajet Z-ring Dan Z-move? Dari Api Menjadi Ais? Selamat Datang Ke Evolusi Alola!

0
412

Comelnya Vulpix dan Sandshrew berjenis ‘ice’ Pokemon! Mari kita lihat transformasi Alola untuk Pokemon Gen 1 dan tarian-tarian yang kawaii gitu.

Memang mengejutkan apabila kali pertama melihat Pokemon dari Gen 1 boleh transform ke ‘type’ lain di region Alola. Kelakar pun ada, power pun ada! Siapa sangka Pokemon pokok kini telah menjadi ‘Dragon’ type? Charizard pun tak dapat status Dragon tau!

Dan lebih banyak lagi Pokemon baru yang diperkenalkan dalam Pokemon Sun & Moon. Ingat tak Pokemon Yungoos hari itu diumumkan semasa slot Nintendo di E3 2016? Haa, kini ada evolution dia! Ada remind korang of anyone tak Pokemon ni?

zi6rx7ilyyghstt4xobb
Gumshoos, evolusi kepada Yungoos

Suka tengok Pokemon berdansa? Usha sikit Oricorio yang mempunyai 4 rupa berbeza mengikut kawasan. Cara mereka menari juga buat Akak Akirien gigit bibir, geram tengok!

IMG-20160802-WA0049

Kini perlawanan dalam Pokemon lebih competitive! Berlawan dengan ketua-ketua Trials dalam “The Island Challenge”. Terdapat 4 kapten Trials, dengan specialty type yang berbeza.

IMG-20160802-WA0051

IMG-20160802-WA0058

Selepas menghabiskan satu Trials, korang akan bersemuka dengan ‘Totem Pokemon‘ yang mampu memanggil Pokemon lain untuk menolong mereka di pertengahan battle. Selepas menghabiskan kesemua Trials, korang boleh berlawan boss besar, Hala, The Kahuna of Melemele Island.

IMG-20160802-WA0059

IMG-20160802-WA0053

Kini korang juga boleh menunggang Pokemon kesayangan anda! Seronok bukan dapat berjalan satu pulau bersama Pokemon tersendiri?

IMG-20160802-WA0050

Bukan Pokemon sahaja tau boleh menari. Sekarang dengan Z-move, trainer juga ada tarian pembukaan supa-pawa! Z-move boleh digunakan sekali sahaja dalam battle, ala-ala super/ultimate move gitu haaaa~

IMG-20160802-WA0052

Nintendo dan Tomy juga bakal mengeluarkan gelang Z-Ring pada November 18 sekali bersama dengan keluaran Pokemon Sun & Moon. Gelang ini akan menyala dan bergetar mengikut warna Z-move anda.

Satu gajet Z-ring ini berharga 2,600 Yen (lebih kurang RM95) datang bersama satu Z-crystal. Setiap set Z-crystal datang besama 3 crystal berbeza berharga 599 Yen (RM22). Terdapat juga bundle set Z-ring dan 6 biji Z-crystal berharga pada 4,490 Yen (RM200), namun pelancaran di pasaran antarabangsa masih belum dibincangkan lagi.

nomu1gg1qkynos8npy9b

fsyajmmuszj0r9x7ud9eUntitled-4

chbnnam1sxythbalb8mn
18 jenis Z-crystal yang akan dilancarkan November 18 ini

Banyak bukan benda menarik untuk Pokemon kali ini? Akak pun sampai rasa tak sabar untuk bermain game ini! Harap-harap Z-ring ni akan sampai ke Malaysia juga nanti!

JomKomen!