Sempena meraikan Pokemon Day 2022, The Pokemon Company telah mengumumkan game utama Pokemon generasi ke-9 iaitu Pokemon Scarlet dan Violet, pengembaraan open-world Pokemon yang mengambil nafas baru, akan dikeluarkan pada Nintendo Switch pada akhir 2022.
Antara pengumuman paling menarik adalah cara menerokai dunia Pokemon secara terbuka. Pelbagai bandar bergabung dengan ‘smooth’ ke dalam hutan belantara tanpa sempadan. Pemain dapat melihat Pokémon di rantau ini di langit, di laut, di hutan, di jalanan—seluruhnya!
Pada permulaan game, pemain perlu memilih antara pokemon kucing Sprigatito (Grass type), buaya Fuecoco (Fire type) atau itik Quaxly (Water type). Nama-nama Starter Pokemon juga mempunyai akar yang kuat dalam bahasa Sepanyol, mencerminkan tentang asal-usul inspirasi rantau ini.
Ini merupakan kali pertama Pokemon mengumumkan tentang game utama mereka itu dan masih banyak informasi yang belum diketahui. Nama rantau untuk generasi ke-9 masih belum diumumkan namun ia berdasarkan geografi dan budaya Sepanyol dan Portugal.
Comments
Loading…