Pokémon Presents pada 3 Ogos 2022 telah berjaya menawarkan pelbagai pengumuman baru kepada game-game dan event mereka dari pelbagai platform.
Tidak ketinggalan juga update kepada Pokémon Scarlet dan Violet yang ditunggu-tunggu! Sebanyak 5 game dibincangkan dan pengumuman ulang tahun bagi setiap IP Pokémon tersebut.
Jom kita tengok apa yang telah dibincangkan!
Pokémon World Championships Games 2022
Akhirnya Pokémon World Championships (PWC) kembali menanti para pemain kompetetif Pokémon seluruh dunia yang akan berlangsung di London. Pertandingan ini akan berlangsung merangkumi Trading Card Game, Video Game dan Pokkén Tournament. Mulai tahun ini 2 game akan ditambah dalam PCG iaitu Pokémon Go dan Pokémon Unite.

Sebuah penambahan istimewa bagi mereka yang menghadiri PWC akan dapat menikmati Pokémon Center Pop-up shop terbesar di dunia. Piala terbaru WCG bagi tahun 2022 juga diumumkan, menunjukkan Pikachu memegang trofi di atas sebuah Pokeball.
Pokémon Go
4 Pokemon Ultra Beast diumumkan sebagai Pokemon utama di dalam Raid Legendary telah diumumkan sempana Pokemon Go Fest 2022 Finale (Go Fest 22) yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2022.
Go Fest 22 boleh dimainkan di mana-mana tanpa perlu menghadiri Go Fest 22 di Saporro, Jepun tahun ini dengan membeli tiket (RM55 – RM60) dari aplikasi Pokemon Go, Shaymin (flying form) juga akan membuat penampilan pertama di dalam game ini melalui Special Research Task (RM2).

Prof. Willow telah ‘ghaib’ ke dalam ultra wormhole dan telah merentasi masa, apakah akan terjadi dengan Prof. Willow?
Sejak kejadaian tersebut, pemain mendapat ‘Daily Incense’ yang memberi pemain peluang untuk menangkap Pokemon yang ‘rare’ di mana pokemon yang ‘region lock’ boleh ditemui, malah Pokemon Legendary Kanto versi Galarian juga boleh ditemui.
Incense ini boleh didapati percuma setiap hari dan boleh digunakan selama 15 minit.
Pokémon Unite
Pokemon Unite menyambut ulang tahun pertama mereka! Sebuah mode battle ‘Pika Battle’ akan berlangsung dari 3 ogos sehingga 1 September 2022.
Kesemua Pokemon pemain dan liar, serta boss hanya akan mempunyai perlbagai variasi Pikachu!

Buzzwole, Pokemon Ultra Beast akan menyertai senarai pokemon di dalam Unite. Buzzwole berada di dalam kategori ‘All-rounder’ kelihatan seperti melee brawler. Pokemon ini mempunyai pasif skill di mana kelajuan pergerakan dan basic attack setelah menewaskan pokemon pihak lawan.
Log in mulai hari ini sehingga 12 Oktober 2022 dan dapatkan lesen dan holowear untuk Pikachu, Blastoise, Lucario, Snorlax dan Sylveon.
Pokémon Masters EX
Raikan ulang tahun ketiga Pokemon Masters EX! Konten terbaharu ‘Trainer Lodge’ Ogos ini memberi peluang pemain untuk menjemput beberapa ‘Trainer’ sebagai tetamu. Dengan berinteraksi dengan mereka, pemain boleh mendapatkan ganjaran istimewa eksklusif untuk Trainer Lodge dan melihat cerita istimewa! Info lanjut tentang perayaan ulang tahun ini akan diumumkan selebihnya nanti di hujung Ogos.

Untuk menunjukkan penghargaan kepada semua pemain, beberapa bonus akan datang pada 14 Ogos 2022 jam 11:00 malam sebagai sebahagian daripada Run-Up to Three Years Rally, termasuk Bonus Log Masuk dan Bingo Mission!
Pokémon Café reMix
Mewtwo kembali ke Pokemon Cafe reMix! Mewtwo akan membawa puzzle mode seminit dengan specialty order ‘small plate’ Jadi jangan lupa untuk level up kan staf Pokemon di kafe korang untuk membuat kombo tertinggi dan cepat!

Latias akan menjadi pelanggan di kafe untuk kali pertama dan akan diikuti oleh Latios. Latias juga mempunyai kesitimewaan menyaji ‘Small Dish’ order. Victini dengan skin ‘chef’ turut akan sertai dalam banner kali ini.
Mulai hari ini sehingga 11 Ogos, korang boleh dapatkan Victini dan Latias melalui special delivery, tambahan satu express delivery boleh dilakukan percuma sekali setiap hari!
Pokemon Scarlet & Violet
Pengumuman yang paling ditunggu-tunggu, Pokemon Scarlet dan Violet!
Apa yang lebih mengasyikkan, game ini mempunyai dunia terbuka sepenuhnya pertama dalam sejarah siri Pokemon dan keupayaan untuk co-op seramai 4 orang tidak kisah versi mana yang kawan korang main!
Pemain dapat meneroka Paldea secara bebas sambil menunggang di atas Koraidon atau Miraidon, Pokemon legenda mengikut versi Scarlet atau Violet bersama sama rakan lain. Kedua-dua Koraidon dan Miraidon dapat berubah supaya mereka boleh merentasi semua jenis rupa bentuk muka bumi, termasuk berenang, mendaki dan meluncur di udara.

Kali ini, pemain akan bebas mengikut jalan cerita tersendiri, dengan 3 story line utama. Salah satu story line akan mempunyai lapan gym tradisional untuk mengumpul lencana, pemain boleh melawan Gym Leader dalam sebarang susunan dalam Pokemon Scarlet dan Violet.
Mekanik unik pertempuran baharu Scarlet dan Violet: Terastallizing membolehkan Pokemon menjalani transformasi sementara semasa pertempuran. Setiap Pokemon yang ditemui di rantau Paldea mampu Terastallizing, mengubah badan seperti kristal.
Kebanyakan ‘type’ Tera Pokemon akan sepadan dengan yang standard, tetapi sesetengahnya mempunyai jenis Tera yang berbeza dari ‘type’ aslinya. Sebagai contoh, walaupun Eevee biasanya Normal type, korang ada peluang untuk menangkap Eevee yang jenis Teranya ‘flying’ atau ‘grass’. Di sinilah akan mulanya ‘grind’ untuk mendapatkan type Tera yang paling rare!
Pokemon baru eksklusif dan varian Paldea turut ditunjukkan, termasuk Fidough seekor Pokemon anak anjing Fairy type yang diperbuat daripada doh yang lembut gebu gabas serta Pokemon paus jenis ais baharu bernama Cetitan. Kita juga mendapat gambaran tentang varian rantau baharu Wooper menukar type Water/Ground dengan Poison/Ground.
Pokemon Scarlet dan Violet akan dilancarkan pada 18 November2022 ini di Nintendo Switch.
I am an investor of gate io, I have consulted a lot of information, I hope to upgrade my investment strategy with a new model. Your article creation ideas have given me a lot of inspiration, but I still have some doubts. I wonder if you can help me? Thanks.