in ,

Pokemon Presents 2021 – 2 Game Baru Diumumkan, Juga Kemaskini 4 Game Sedia Ada

Sebanyak 4 game dari The Pokemon Company (TPC) mendapat kemaskini dan 2 trailer untuk game terbaru Pokemon yang bakal dilancarkan telah diumumkan di Pokemon Presents 2021 yang berlangsung malam tadi.

Akhirnya, kita dapat melihat Pokemon Diamond & Pearl Remake dan Legend of Arceus dengan lebih lanjut!

Pokémon Unite

TPC bekerjasama dengan TiMi Studio Group mengumumkan Pokémon Unite akan hadir ke telefon pintar pada 22 September ini dan akan menawarkan crossplay dengan versi Nintendo Switch. Game MOBA ini juga akan menambah lesen Pokemon Mamoswine dan Sylveon!

Pra-pendaftaran sudah pun dibuka kepada orang ramai. Para trainers akan mendapat lesen Pikachu jika lebih dari 2.5 juta pemain daftar dan kosmetik untuk Pikachu jika pra-pendaftaran melangkaui 5 juta pemain seluruh dunia. Pemain di Switch pula akan mendapat lesen Zerozora jika pemain log-in sebelum 31 Ogos 2021.

Pokémon Cafe Remix

Pokemon Cafe Mix umpama ‘candy crush’ di dalam dunia pokemon. Selepas 2 tahun game ini telah dilancarkan, sebuah sekuel terbaru, Pokémon Cafe Remix ini akan mendapat penambah baikan yang akan menukarkan cara bermain game ini.

Karakter-karakter Pokemon yang menolong korang di kafe juga boleh menaiki level yang lebih tinggi dari game sebelumnya dan paling penting, pemakaian karekter pokemon korang boleh diubahsuai! Penambahbaikan ini menceriakan lagi pemain untuk tahun-tahun yang akan datang!

Pokemon Cafe Remix akan dilancarkan pada musim panas 2021 ini.

Pokémon Masters EX

Pokemon Masters EX menyambut ulang tahun keduanya dengan Sync Pair scout percuma, Legendary event, jalan cerita yang baru dan banyak lagi. Peminat game mobile ini mempunyai banyak kandungan yang dinantikan dalam beberapa minggu yang akan datang.

Pemain boleh mula memasang sehingga 100 Sync Pair secara percuma dengan 10-Sync Pair scout tersedia setiap hari pada setiap log masuk. Pemain juga dapat memperoleh 3,000 Gems secara percuma untuk mendapatkan Scout lebih. Pasangan ini akan membantu apabila tiga Legendary Events yang melibatkan Xerneas, Palkia, dan Kyurem kembali ke Pokemon Masters EX semuanya pada masa yang sama.

N juga kembali, tetapi dalam rupa yang berbeza. Pada Ogos 29, N akan berpasangan dengan Reshiram dalam pakaian ulang tahun sebagai Sync Pair baru. Seolah-olah itu tidak mencukupi, mulai 15 September, jalan cerita baru yang memberi tumpuan kepada penjahat dari berbagai region akan bermula. Semestinya, kisah ini akan bermula dengan Giovanni dari Kanto.

Pokémon Go

Menyambut ulang tahun ke-5, Pokemon Go meraikannya dengan event Ultra Unlock yang masih berlalu dan akan masuk minggu ke-3. Tambahan kepada ulang tahun ini, PTC mengumumkan penambahan Pokemon baru dari region Galar bermula Jumaat 20 Ogos, 10 pagi sehingga 31 Ogos 2021 mengikut waktu tempatan.

Kita dapat melihat Skwovet curi makan, Wooloo jatuh bergolek dan Falinks berkawad bersama untuk tiba ke Pokemon Go! Zacian dan Zamazenta juga akan tiba dalam 5-Star Tier raid (T5). Zacian akan berada dalam kumpulan T5 dari 20 hingga 26 Ogos 2021 dan diikuti oleh Zamazenta pada 26 Ogos hingga 1 September 2021 mengikut waktu tempatan.

Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl Remake

Siri utama ke-3 Pokemon, Diamond dan Pearl menerima Remake yang mengagumkan. Jelajah region Sinnoh dengan grafik 3D dengan menggayakan rupa pemain seperti mana korang menggayakan Trainer korang di dalam siri Sword & Shield. Pemain juga boleh mengubah kesan yang berlaku ketika Pokémon keluar dari Pokéball nya.

Dalam remake ini, pemain boleh meletakkan pelbagai patung Pokémon di ‘pangkalan rahsia’ pemain. Kawasan “Grand Underground” yang baru, sebuah labirin yang luas di mana Trainer dapat menangkap Pokémon dari Sinnoh yang susah dijumpai, Pokémon yang muncul di Grand Underground akan berubah bergantung kepada apa yang diletakkan di pangkalan rahsia.

Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl remake akan berada di pasaran pada 19 November 2021 dan boleh melakukan pra-tempah mulai sekarang. Pembelian awal sebelum 21 Februari 2021 akan memberi pemain sebiji telur untuk pokemon mythical, Manaphy.

Pokemon Legends: Arceus

Game yang paling dinantikan, paling diminta ramai dan lebih-next-gen dari siri utamanya, Legends: Arceus memecahkan diri dari kotak kebiasaan game Pokemon dengan menggabungkan elemen Action-RPG dan Open-World yang luar biasa.

Sekali imbas ia terasa seperti Monster Hunter digabungkan dengan The Legend of Zelda: Breath of the Wild di dalam persekitaran Ghost of Tsushima. Cara mendekati pokemon juga bertukar, dengan menilaikan gerakan serangan memberi impak di dalam pertempuran Pokemon di kawasan liar. 4 Pokemon varian Hisui juga dapat dilihat di dalam trailer ini.

Nak cabaran lebih? Cuba tangkap pokemon yang lebih agresif dan tengok jikalau korang akan diserang sampai pengsan. Game ini bukan sahaja antara Pokemon yang berlawan, malah karakter korang sendiri dapat berinteraksi dengan Pokemon lain seperti menaiki Pokemon untuk mengembara wilayah Hisui!

Watak korang adalah sebahagian daripada Galaxy Expedition Team yang terdiri daripada trainer-trainer dari region lain yang telah bergabung untuk menjelajahi wilayah Hisui. Sebagai anggota Survey Corps (untuk tangkap Pokemon, bukan Titans), korang ditugaskan untuk memulakan ekspedisi untuk menangkap dan mempelajari Pokémon di region tersebut.

Pokemon Legends: Arceus akan berada di pasaran pada 22 Januari 2022 dan boleh di-pra-tempah mulai sekarang.

Pokemon Home

Pokemon Home akan menyokong siri remake Diamond & Pearl dan juga Legends: Arceus pada 2022. Game-game yang disebut ini juga tidak akan mendapat Ranked Battles antara pemain pada tarikh pelancarannya. Ranked Battles hanya akan berlangsung di dalam siri Sword & Shield.

Game Pokemon Yang Tak Disebut

Ingat lagi lawak Pokemon Go-Home-Sleep? Pokemon Sleep yang diumum pada tahun 2019 masih tiada khabar berita. Adakah ia sebenarnya diganti dengan Pokemon Smile, iaitu aplikasi untuk kanak-kanak (atau dewasa?) untuk berus gigi?

Pokemon Sleep dikhabarkan untuk menjadi sebuah aplikasi yang menekankan aktiviti tidur yang sihat dan mencukupi. Dengan menggunakan sebuah peranti, Pokemon GO Plus+ (yea serious, ada 2 ‘+’) untuk menjejak aktiviti tidur korang, jika korang tidur dengan lebih nyenyak, Pokemon korang akan lebih kuat pada pagi korang bangun itu! Atau adakah TPC sudah menidurkan idea ini selamanya? Pokemon GO Plus+ pun tak kelihatan macam akan berada di pasaran.

Jadi apakah kemaskini dan game baru Pokemon yang korang akan main? Kitorang tak sabar nak main Legends: Arceus dan lihat bagaimana francais terbaru Pokemon ini akan menukarkan gaya bermain game pokemon!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FromSoftware Dilaporkan Sedang Bikin Game Eksklusif PS5, Bukan Bloodborne Atau Demon’s Souls

Pembangun Among Us Menuduh Fortnite Atas Isu Plagiat