in ,

Pokémon Mystery Dungeon: Rescue Team DX Bakal Kembali Di Nintendo Switch

Pokemon Mystery Dungeon: Rescue Team DX merupakan remake game asalnya pada 2006 — bakal dikeluarkan di Nintendo Switch pada 6 Mac 2020. Pengumuman tersebut dilangsungkan di livestream Pokémon Direct – 09.01.2020.

Mystery Dungeon adalah game spin-off kepada francais Pokemon. Remake ini berdasarkan game pertama dalam francais ini. Game asalnya mempunyai 2 versi iaitu Red Rescue Team di platform Game Boy Advance dan Blue Rescue Team di Nintendo DS berdasarkan mekanik turn-based battles. Kedua-dua game ini dbangunkan oleh Chunsoft, diterbitkan oleh The Pokémon Company dan diedarkan oleh Nintendo.

Sebanyak 8 Pokemon akan mengembara sekali bersama. Apabila Trainer memulakan ekspedisi, Trainer masih boleh menggunakan 3 rakan dalam team tetapi untuk remake ini, Trainers juga boleh menggunakan Pokemon yang mereka pernah bertemu dalam misi mereka menjelajah dungeon ke dalam parti.

Game ini sudah boleh di pre-order dan mencuba demo game ini dari e-shop. Korang juga boleh carry over saved data demo apabila sudah membeli game tersebut untuk dimainkan.

Kalau nak tahu banyak mana beza game asal dan remake ini, jom tengok balik trailer Pokemon Mystery Dungeon: Blue Rescue Team. Mystery Dungeon adalah antara spin-off Pokemon yang telah diminta oleh pemain lama untuk siri ini dikeluarkan pada Switch akhirnya dimakbulkan. Siri ke-6 dan terkini dimainkan di Nintendo 3Ds pada tahun 2015.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Logo PS5 Adalah Gambar Paling Banyak ‘Like’ Dalam Sejarah Di Instagram Yang Dimuat-Naik Oleh Syarikat Gaming

Pandangan 3rd-Person Antara 7 Mode Baru Apex Legends Bermula Minggu Depan

Pandangan 3rd-Person Antara 7 Mode Baru Apex Legends Bermula Minggu Depan