in , , ,

Pokemon Let’s Go! Info Gameplay, Beli PokeBall Plus Dan Bawa Mew Balik Rumah!

Tak sangka Nintendo berjaya membuat game diinspirasi Pokemon Yellow dengan mekanik Pokemon Go tetapi tetap mempunyai ciri ciri nostalgic sesuai untuk pemain lama dan baru.

Antara mekanik yang kita boleh pelajari dari gameplay Pokemon Let’s Go! (PLG) lebih dekat dengan Pokemon Yellow tetapi dengan cara penangkapan Pokemon Go.

  • Menangkap Pokemon akan memberi EXP sama rata kepada semua di dalam parti. Lagi besar Pokemon di tangkap, lagi banyak EXP didapati
  • Saiz Pokemon boleh dilihati dengan warna aura. Merah lebih besar dari biasa, Biru lebih kecil
Caterpire bersembunyi beraura biru
  • Pokemon partner korang (Pikachu/Eevee) tidak boleh evolve dan masuk Pokeball
  • Pokemon partner juga akan goyang-goyang ekornya apabila ada barang tersembunyi di persekitaran. Lagi dekat korang dengan barang tu, lagi kencang ekor akan goyang.
Pikachu menggunakan Tail Whip! *goyang goyang bontot*
  • Setiap Pokemon hanya boleh menggunakan 4 moves. Move baru harus diganti. Move dikod dengan warna mengikut element jenis move (fight, grass, etc)
  • CP (Combat Power) akan menunjukkan keseluruhan kekuatan pokemon
  • Pokemon boleh menjadi lebih kuat dengan memakan candies
  • Candy boleh diperolehi dengan menghantar Pokemon ke Professor Oak untuk mendapatkan candy

    Menggantikan Double Kick ke atas Tail Whip
  • Menggunakan satu joycon sahaja untuk satu pemain. Member boleh join dengan mengocak joy-con lagi satu.
  • Menangkap Pokemon bersama sama akan memberi extra point bonus untuk EXP.
  • Pokemon yang berasal dari Kanto (Original 151) dalam Pokemon GO, boleh dimasukkan ke GO Park di dalam PLG.
  • Wild Pokemon battles masih ada, cuma di dalam PLG boleh nampak Pokemon tersebut merayap di dalam lalang atau gua. *avooiiiidd*
Screen Shot 2018-06-12 at 11.33.29 AM
Brock, ketua Gym Pewter
  • Untuk melawan Gym leader, harus ada Pokemon yang efektif terhadap jenis pokemon di Gym tersebut (contoh, Pewter Gym adalah Rock type, Pokemon Grass atau Water harus berada di dalam parti)
  • Tak boleh avoid trainer battle di dalam Gym
  • Gym battles (lawan ketua Gym) hanya boleh berlawan seorang
Side Quest menjaga Slowpoke. Mak Slowpoke bagi barang power okeeeh
  • Side quest memberi barangan yang jarang diperolehi
  • Boleh berlawan dengan member online atau local sama ada Single atau Double Battle
  • Switch Online subscription harus dilanggani untuk trade dan berlawan online

  • Apabila korang membeli PokeBall Plus, korang akan mendapat Mew sekali. So korang boleh dengar Mew berbunyi dan goyang goyang dalam Pokeball.
  • PokeBall Pus boleh digunakan untuk menggantikan Pokemon GO Plus untuk bermain Pokemon GO
  • PokeBall Plus sahaja akan dijual pada harga $59.90 (RM 260 +/-) dimana bundle bersama PLG adalah $99.90 (RM 420 +/-)

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Kalau Tak Suka Wanita Dalam Battlefield V, Tak Payah Beli” – Tegas CEO EA

Saksikan Gameplay Penuh Pertama PES 2019 Di E3 2018 – Barcelona VS Liverpool!