in ,

Pokemon Hunter Berumur 70 Tahun Naik Taring Dengan Memburu Pokemon Menggunakan 11 Buah Telefon Pintar

Korang fikir korang hardcore fans Pokemon? Setakat jadi hardcore fans tak cukup. Korang perlu letakkan sepenuh jiwa dan raga serta keikhlasan korang seperti atuk dari Taiwan ini.

Chen San-Yuan yang berumur 70 tahun dari Taiwan itu menggunakan 11 buah telefon pintar untuk menangkap Pokemon. Dia telah ‘melekat’ dengan Pokemon Go sejak dari tahun 2016 selepas cucunya mengajar dia cara untuk bermain.

Gambar di bawah menunjukkan dia berada di taman di New Taipei City, Taiwan bersama dengan 11 buah telefon pintar yang berada atas basikal.

Dia menggantungkan telefon-telefon pintar di atas basikalnya dengan menggunakan phone holder, dan dalam masa yang sama dicas dengan menggunakan beg yang dipenuhi dengan powerbank. Dia menghabiskan masa lapangnya untuk menangkap Pokemon di jalanan dan di taman. Dia sangat menyukai mobile games sampaikan dia tidak mahu balik ke rumah sehingga jam empat pagi.

  • Dia akan muncul di taman sebanyak lima hingga enam kali dalam seminggu.
  • Sekarang hanya mempunyai sembilan telefon pintar sahaja di atas basikalnya, hanya akaun yang mencapai lebih dari Level 30 akan digantungkan di atas basikalnya.
  • Ada dua atau tiga powerbank besar untuk mengecaskan kesemua telefon.
  • Dia merasakan bahawa menyerang gym akan menyebabkan seseorang tidak berasa gembira, jadi dia lebih suka P2W.
  • Ramai Pokemon Go trainer akan berkumpul bersama untuk mengumpan Pokemon, jadi dia akan mengumpan dengan sebanyaknya dalam masa seminggu.

Dia mahu meningkatkan jumlah telefon pintarnya kepada 15 buah. Itu bermakna bayaran bil untuk hobinya akan meningkat, yang mana sekarang ini berjumlah $1,500/sebulan.

Chen juga percaya Pokemon Go dapat membantu dia mencegah dari penyakit Alzheimer dan di samping itu dia juga dapat berkenalan dan berkawan dengan pemain-pemain lain.

Sumber: Daily Mail

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekiro: Shadows Die Twice Akan Lebih Susah Daripada Bloodborne Dan Dark Souls, Kata From Software

Suka Duka Demo: PES 2019 – Gameplay Yang Semakin Mantap, Tapi Tiada Sebarang Kejutan