in , ,

Pokemon GO Membawa Mesej Berhantu Kepada Pemain Menandakan Event Halloween 2019 Sudah Bermula!

Event Halloween sudah pun bermula dalam dunia Pokemon GO (PokeGo) yang akan berlangsung dari 17 Oktober sehingga 1 November 2019. Masa inilah nak dapatkan Pokemon hantu banyak dan starter Kanto yang comel berpakaian costume!

Halloween memang sinonim dengan ‘Trick-or-treat’ di mana kanak-kanak akan mengutip ‘candy’ ketika event ini berlangsung, maka Niantic juga memberi 2x ganda candy untuk setiap pokemon ditangkap, menetas serta transfer! Masa inilah korang nak kosongkan beg korang!

Antara pokemon hantu yang baru dilancarkan ke dalam game ini adalah Yamask dan form evolve-nya Cofagrigus dan boleh didapati dalam rupa shiny, selama event ini berlangsung pokemon ini akan keluar dengan lebih kerap maka lagi senang untuk mendapatkan shiny.

Event Research Task ‘A Spooky Message’ kembali lagi sekali untuk tahun 2019. Ini adalah satu-satunya peluang untuk mendapatkan ‘Spiritomb’ yang hanya pernah berada untuk event halloween tahun lepas pada 2018. Menangkap pokemon 108 dengan berry dan melawat 8 pokestop yang tak pernah anda jejak agak leceh so selamat mengunjung mencari Spiritomb!

Raid untuk 3 minggu ini akan membawa Darkrai sebagai boss Tier 5 (T5) pertama kali dalam PokeGO. Trainers juga boleh mendapatkan Bulbasaur, Squirtle serta Charmander dalam raid T1 memakai costume Pokemon lain yang teramatlah comel sampai penulis pun nak menangis tengok.

Tiada butang untuk evolvekan Charmander

Charmander memakai topi tengokorak Cubone¬† dalam lore mengatakan Cubone memakai tulang kepala ibunya). Bulbasaur pula memakai costume Shedninja dan Squirtle memakai topi Yamask. Ada juga kebarangkalian untuk medapat rupa shiny. Sayangnya mereka tidak boleh di-evolve ūüôĀ

Pikachu memakai costume Mimikyu boleh ditangkap di persekeliling, aduh comelnya! Mimikyu dahlah menyerupai Pikachu sebab ingin menjadi ‘famous’ dan disayangi seperti Pikachu, ini pula Pikachu memakai seperti Mimikyu so tidak kah… Pikachu hanya memakai costume sendiri? Pikaception. Semoga korang dapat shiny Pipikyu! (Pikachu + Mimikyu… get it?)

Ha pastikan korang habiskan field research masing-masing untuk cuba mendapatkan Sneasel, Yamask dan Sableye shiny! Golett pun smart juga walaupun tak ada shiny, penulis hanya boleh ucapkan semoga berjaya mendapatkan 3 balingan Excellent berturut-turut yang boleh menjadi punca baling phone.

Baragan kosmetik bertemakan keseraman juga diperkenalkan! Topi Litwick dan Cubone dijual pada 150 coins sahaja. Bag Zubat dan Mimikyu pula pada 250 coins. Penulis beli okay topi Cubone itu barulah boleh matching dengan Charmander penulis tangkap tu!

Semoga dapat menangkap kesemua Pokemon hantu ini. Jaga diri apabila menangkap Pokemon dan jangan pula jadi budak hantu mengacau orang awam, hati-hati!

What do you think?

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pembangunan Video Game Diiktiraf Apabila Tun Mahathir Petik Beberapa Game Buatan Tempatan

Pembangunan Video Game Diiktiraf Apabila Tun Mahathir Petik Beberapa Game Buatan Tempatan

Saksikan Trailer Pertama Red Dead Redemption 2 Untuk PC Dalam Resolusi 4K Penuh Memukau

Saksikan Trailer Pertama Red Dead Redemption 2 Untuk PC Dalam Resolusi 4K Penuh Memukau