Nampaknya pengguna-pengguna iOS dan Android kini boleh menikmati sebuah lagi game yang bertemakan siri Pokemon!

Pokemon Duel menggunakan konsep board game yang memberikan pemain-pemain peluang untuk mengumpul figurin-figurin digital yang digunakan untuk bertarung dengan pemain lain.

Figurin-figurin ini boleh didapatkan menggunakan matawang in-game yang boleh diperolehi dengan menyelesaikan pelbagai aktiviti harian yang disediakan atau dengan membelinya menggunakan wang yang sebenar.

Pokemon Duel kini sudah boleh didapati secara percuma melalui App Store and Google Play.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.