in , , ,

Pokémon Direct: Nintendo Mengesahkan Pokémon Sun & Moon Di-release Lewat 2016!

Pokémon Direct merupakan antara slot announcement yang paling dinantikan oleh kipas-susah-mati Pokémon. Apakah awesome news Nintendo bawa kali ni?

Tepat pada pukul 11p.m (+8 gmt) seramai 30,000 viewers menanti di skrin twitch Nintendo. Dengan penuh pertanyaan dalam kepala, adakah benar al-kisah Pokemon Sun & Moon ini? Adakah ia Pokemon Z? Atau Pokemon Go? Tup tap tup tap, viewers sudah mencecah 60,000 orang.

Tsunekazu Ishihara, CEO dan President of The Pokémon Company mengumumkan Pokémon Sun dan Pokémon Moon confirm akan berada di pasaran pada lewat 2016 bersama dengan batch of a new Gen 7 Pokémon.

https://www.youtube.com/watch?v=hmzDL1l3Fag

Kepalbagaian bahasa masih dikekalkan. Malah Bahasa Cina akan di tambah dengan lagi 2 pilihan iaitu Chinese Traditional dan Chinese Simplified.

Mengimbau kembali zaman klasik, Pokémon Red, Blue dan Yellow kini boleh di dapati di Nintendo eShop bermula dari 27 February 2016 untuk meraikan ulang tahun #Pokemon20.

Pokémon Bank
Pokémon Bank

Bukan itu sahaja! Sekarang Pokémon trainers boleh membawa Pokemon Gen 1 dan ke atas (Red, Blue dan Yellow) dari virtual console korang ke game Pokemon Gen terbaru menggunakan Pokemon Bank.

Apa lagi! Cepat cepat lah train Pokémon korang sebelum mulanya Pokémon Sun and Moon kalau nak jadi yang terbaaaek! Gotta catch ’em all!

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Paragon: Jom Layan 4 Watak Beraksi!

DotA 2: Shanghai Major – Team Underdog Buat Kejutan!