Adakah Pocophone F1 – smartphone di bawah sub-brand Xiaomi ini masih relevan untuk kegunaan mobile gaming dan penggunaan harian pada tahun 2019 ini? Jom kita tengok.

Korang masih mencari smartphone cukup berkuasa untuk gaming DAN kegunaan harian tetapi tak mahu membelanjakan duit korang untuk smartphone dengan harga yang tak masuk akal? Nah, penulis cadangkan korang laburkan duit korang untuk membeli Xiaomi Pocophone F1.

Penulis: Poco F1 = Poco FOne. Bunyinya Pocophone, tapi mungkin ianya terlalu punny, orang kebanyakan tak faham. Makanya dinamakan penuh Pocophone F1 bagi pasaran global.

Dilancarkan pada Ogos tahun lepas, Pocophone dihasilkan sebagai smartphone dengan harga mid-range tetapi dilengkapi dengan spesifikasi-spesifikasi mewah dari smartphone yang jauh lebih mahal. Ternyata, strategi ini menarik perhatian ramai sehingga menjadikan Pocophone F1 smartphone paling viral lewat tahun lepas.

Sebagai seorang gamer multiplatform, penulis mencari smartphone dengan ciri-ciri spesifikasi hebat pada harga mampu milik. Jimat sikit duit untuk berbelanja pula di platform PC dan konsol. Ehem. Ternyata, Selepas hampir 2 minggu menggunakan Pocophone F1 ini, penulis cukup yakin untuk mengesyorkan smartphone ini kepada korang.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri Pocophone F1 yang buat penulis jatuh hati dengan smartphone kecil bercita-cita besar ini.

Snapdragon 845 + Adreno 630

Dilengkapi processor Snapdragon 845 dan GPU Adreno 630 yang lazimnya ada pada smartphone mewah, prestasi dan pakej harga ditawarkan Pocophone F1 sangatlah berbaloi.

 

Menurut ranking benchmarking AnTuTu Februari 2019, Pocophone F1 mempamerkan markah terpuji dengan mengatasi smartphone ternama seperti iPhone X, Black Shark Helo, Razer Phone 2, Google Pixel 3 XL, Mi 8 Pro, Samsung Note 9, Honor Play dan macam-macam lagi!

Ujian benchmarking AnTuTU yang dilakukan penulis sendiri menghasilkan score yang lebih tinggi. Markah benchmark ini terbukti apabila penulis memainkan mobile games yang memerlukan penggunaan kuasa grafik yang tinggi seperti PUBG Mobile, Asphalt 9, Shadowgun Legends, Tekken Mobile, Warhammer 40, 000: Freeblade, Dead Trigger 2, Middle-Earth: Shadow of War, Lifeafter dan beberapa game lain lagi.

Kehadiran smartphone baru dengan Snapdragon 855 baru di pasaran tidak menggugat keupayaan Pocophone ini kerana kebanyakan game popular masih boleh dimainkan dengan lancar dan berkualiti tinggi menggunakan gabungan processor Snapdragon 845 dan GPU Adreno 630. Pendek kata, tak payah termakan bisikan nafsu korang yang inginkan smartphone masakini tu.

Bateri 4000mAh + 18W QuickCharge 3.0 charger

Lazimnya, bermain game dan menggunakan smartphone seharian secara normal akan memerlukan korang membawa power bank merata-rata. Sejak menggunakan Pocophone, penulis hanya menggunakan power bank untuk mengecas vape, tidak lagi untuk phone.

Hari-hari penulis kini terisi dengan berlepak bergaming ketika waktu makan tengahari, ketika pergi dan balik kerja di atas Grab dan mungkin juga beberapa ketika bergaming sambil memerut di tandas – tanpa perlu berjimat-cermat menggunakan bateri. Bateri 4,000mAh yang ada dalam Pocophone memastikan korang sentiasa bersedia untuk kegunaan smartphone secara normal dan bergaming.

Bagaimanapun, apabila menghadiri acara, mengambil gambar dan video serta mengedit untuk diterbitkan di JomGaming, barulah penulis cucukkan ke powerbank. Dan jika perlu, charger 18W QuickCharge yang disertakan mampu mengecas Pocophone dari 0 ke penuh 100% dalam tempoh 1 jam 45 minit. Cukup pantas.

Liquid Cooling

Paling best, Pocophone juga dilengkapi dengan sistem liquid-cooling bagi memastikan suhunya terkawal dan tidak terlalu panas ketika bergaming.

Korang mungkin berkata, Samsung Galaxy Note 9, Razer Phone, ROG Phone dan Black Shark turut menawarkan sistem liquid-cooling. Bagaimanapun, sistem liquid-cooling Pocophone dengan harga tawarannya menjadikannya satu-satunya smartphone dengan sistem tersebut di bawah harga RM1,400. Berbaloi, kan?

Game Speed Booster & Ciri Do Not Disturb

Pocophone turut dilengkapi ciri optimisation untuk gaming yang dinamakan Game Speed Booster. Hanya tambahkan game-game korang ke dalam senarai, dan Game Speed Booster ini akan mengoptima prestasi game, mengawal kestabilan rangkaian data serta menghadkan notification dari SMS, mesej menerusi fungsi DNot Disturb (DND).

Apabila prestasi ditingkatkan, game boleh berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang gangguan luaran. Nikmat sungguh. Tapi hati-hati, Pocophone boleh menjadi panas sekiranya segala aspek prestasi di-overclock. Terutamanya bagi korang yang menggunakan app GFX Tool untuk lebih meningkatkan prestasi smartphone korang.

Skrin 6.18 Inci Dengan Refresh Rate 60Hz

Harga mampu-milik smartphone ini memerlukan beberapa bentuk pengorbanan. Bagi menggantikan penggunaan skrin AMOLED yang berkualiti dan berharga jauh lebih mahal, Pocophone menggunakan skrin IPS LCD dengan paparan FHD 1080p (sebenarnya 2,246×1,080 pixel).

Paparan yang terhasil di atas skrin 6.18 inci ini agak memuaskan hati penulis dengan pixel density pada 403 dpi. Tidak terlalu pixellated. Dan mata penulis semasa sesi gaming terasa selesa dengan refresh rate yang agak standard pada 60Hz. Cukup bagi memainkan game-game mobile masakini.

Sistem Speaker “Stereo” + Audio Jack

Berbeza dengan kebanyakan smartphone masakini, Pocophone hadir dengan audio jack! Bagi gamer PUBG Mobile yang mementingkan situational awareness, headphone sangatlah penting bagi mengawasi bunyian gerakan musuh dan seterusnya mendapatkan Chicken Dinner.

Bagi korang yang gemar memainkan mobile game dan memasang sound sekuat-kuatnya, Pocophone ini menampilkan sistem speaker “stereo”. Di bahagian bawah adalah speaker utama, dan di bahagian earpiece adalah satu lagi speaker. Bagaimanapun kedua speaker ini bukanlah memainkan audio channel kiri dan kanan. Sebaliknya lebih kepada speaker yang lebih kuat dan lebih perlahan bunyinya.

—Ciri-Ciri Tambahan Yang Berbaloi—

Berikut adalah beberapa ciri tambahan yang menjadikan Pocophone F1 pilihan menarik lagi berbaloi-baloi:

Update MIUI 10 + Android Pie

Semasa dilancarkan, Pocophone F1 hadir dengan MIUI 10 yang dibina di atas Android Oreo 8.1. Pasukan Pocophone yang aktif kerap mengeluarkan patch dan update bagi menambahbaik prestasi smartphone ini. Antaranya meng-unlock sistem kamera yang akan penulis huraikan di bawah.

Terkini, Pocophone telah di-update ke MIUI 10.2.3.0 dengan versi stabil Android 9.0 Pie. Ini membuktikan apabila korang beli Pocophone F1, yakinlah korang akan menerima sokongan dan update rasmi dari Pocophone sendiri.

Kamera Berkualiti

Menurut spesifikasi rasmi, Pocophone hadir dengan dwi-kamera belakang – 12MP & 5MP. Dan kamera depan 20MP. Bagaimanapun apa yang penulis ingin highlight di sini adalah sensornya.

Ya, Pocophone F1 menggunakan sensor Sony IMX363 yang turut hadir ASUS ZenfFone 5Z, Google Pixel 3 dan beberapa smartphone lain. Ini menggerakkan komuniti untuk mengunakan ROM Pixel Experience ataupun hanya menginstall Google Camera bagi mengoptima sensor kamera tersebut.

Hasilnya, kamera smartphone dengan ciri Electronic Image Stabilisation (tiada Optical Image Stabilisation) yang mampu menandingi kamera smartphone yang jauh lebih mahal.

Kesimpulan

Untuk makluman, penulis mendapatkan Pocophone F1 Armoured Edition dengan spesifikasi 6GB RAM, 128GB storage pada harga RM1,350. Dengan semua ciri dihuraikan di atas pada harga sebegini – Pocophone sememangnya pakej lengkap bagi smartphone gaming untuk kegunaan hari-hari.

Apa pendapat korang? Korang pakai Pocophone F1? Kongsikan dengan kitorang di ruang komen di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.