Berita yang dinanti-nantikan oleh kipas-susah-mati PlayStation sudah tiba! Korang mesti pernah mendengar tentang PlayStation VR, kan? Sony baru aje announce harga dan tarikh pelancarannya!
Presiden Sony Interactive Entertainment, Andrew House mengumumkan tarikh pengeluaran PlayStation VR beserta dengan harga pasaran, iaitu pada Oktober 2016 dan ianya berharga 399USD, 399EUR, 44,980JPY.
Sebagai perbandingan, peranti VR Oculus Rift akan di lancarkan pada 28 Mac pada harga 600USD, dan HTC Vive akan dilancarkan pada awal April pada harga USD 800!
Terdapat lebih daripada 230 developers dan publishers yang sedang mengusahakan game titles bagi PSVR – dari studio indie sehinggalah ke studio mega seperti 2K Games dan Ubisoft. Sehingga kini sudah ada 160 titles yang sedang dibangunkan dengan 50 game yang sudah PSVR-ready bagi hari pelancaran nanti termasuk Eagle Flight (Ubisoft), EVE: Valkyrie (CCP Games), Headmaster (Frame Interactive), Rez Infinite (Enhance Games), Wayward Sky (Uber Entertainment), RIGS: Mechanized Combat League, Tumble VR, Until Dawn: Rush of Blood dan PlayStation®VR WORLDS (SCE WWS).
JomBaca: Playstation VR: Lebih 50 Games Confirmed, Jom Tengok Semua Video Trailer!
Tambahan lagi, Electronic Arts Inc., DICE dan Lucasfilm juga sedang membangunkan versi baharu Star Wars™ Battlefront™ (Electronic Arts Inc.) yang eksklusif bagi PS VR. Pemilik PSVR juga akan dapat memuatturun THE PLAYROOM VR dari SCE WWS secara percuma di hari pelancaran nanti! THE PLAYROOM VR akan memberikan 6 game sosial yang akan membenarkan korang merasai pengalaman VR bersama pengguna VR lain!
Specikifasi PlayStation VR yang pihak kami dapat adalah seperti berikut:
Nama Produk | PlayStation®VR |
Kod Produk | CUH-ZVR1series |
Tarikh Pelancaran | Oktober 2016 |
Harga Jualan | 44,980 yen, $399 USD, €399 and £349 |
Ukuran Luar | VR headset: Approx. 187×185×277 mm (width × height × length, excludes largest projection, headband at the shortest)
Processor unit: Approx. 143×36×143 mm (width × height × length, excludes largest projection) |
Berat | VR headset: Approx. 610g (excluding cable)
Processor unit: Approx. 365g |
Paparan | OLED |
Saiz Panel | 5.7 inches |
Resolution | 1920×RGB×1080 (960×RGB×1080 per eye) |
Refresh rate | 120Hz, 90Hz |
Field of View | Approximately 100 degrees |
Sensors | Six-axis motion sensing system (three-axis gyroscope, three-axis accelerometer) |
Connection interface | VR headset: HDMI, AUX, Stereo Headphone Jack
Processor unit: HDMI TV, HDMI PS4, USB, HDMI, AUX |
Processor Unit Function | 3D audio processing, Social Screen (mirroring mode, separate mode), Cinematic mode |
Included | VR headset × 1 Processor unit × 1 VR headset connection cable × 1 HDMI cable × 1 USB cable × 1 Stereo headphones × 1 (with a complete set of earpiece) AC power cord × 1 AC adaptor × 1 |
*Rekabentuk dan spesifikasi adalah tertakluk kepada perubahan!
PlayStation VR – harga sudah diketahui, tarikh pelancaran ke pasaran global pun sudah di bagitau. So amacam semua? Nantikan berita selanjutnya, hanya di JomGaming.
Comments
Loading…