in , , ,

PlayStation VR Kuasai Pasaran VR, Jauh Tinggalkan Oculus Rift Dan HTC Vive

Sony dan PlayStation VR-nya kini sedang mendominasi para pesaing yang lain.

Menurut laporan VentureBeat, PlayStation VR kini dikatakan sedang menguasai pasaran virtual-reality (VR), dengan bahagian pasaran sebanyak 30 peratus, diikuti dengan 11 peratus untuk Oculus Rift dan 6 peratus untuk HTC Vive.

Data ini telah dianalisis oleh 01consulting, iaitu sebuah syarikat kajian pasaran yang telah mengambil data daripada beberapa bulan yang lalu. Analisis ini telah diambil daripada jangkaan hasil jualan oleh 30 syarikat dan 40 produk dari seluruh dunia.

Dominasi yang dipegang oleh Sony ini pastinya sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh harga PlayStation VR itu sendiri yang lebih murah berbanding pesaing-pesaingnya, serta populariti sistem yang menggunakan peranti ini, iaitu PlayStation 4.

Baki bahagian pasaran ini turut diisi oleh beberapa syarikat lain, yang tidak semestinya menawarkan perkakasan VR, antaranya Epic Games, Unity, dan Crytek. Di bawah adalah bagaimana bahagian pasaran VR dibentuk, menurut kajian tersebut:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

10 Selebriti YouTube Terkaya 2016 Didedahkan, PewDiePie Kekal Di Tangga Teratas

13 Games Yang Bakal Menggegar Disember 2016!