Setelah mendengar khabar angin sejak minggu lalu, akhirnya pihak Sony Interactive Entertainment mengumumkan sesi State of Play mereka yang seterusnya.

Dalam livestream itu nanti, mereka akan berkongsikan beberapa berita terbaru, termasuklah pendedahan game baru, kandungan baru game-game dari PlayStation Worldwide Studio dan lain-lain perkembangan.

Walau bagaimanapun, Sony menegaskan bahawa tiada perkembangan baru untuk konsol generasi seterusnya atau PS5 dalam episod State of Play kali ini.

Livestream akan berlangsung pada 25 September ini, 4 pagi (waktu Malaysia). Kita boleh tontonnya di channel Youtube atau Twitch rasmi PlayStation.

Apa yang paling menarik ialah episod ini bertarikh sama dengan sidang media The Last of Us Part II yang telah diumumkan oleh Naughty Dog sebelum ini. Ini seolah-olah telah mengesahkan bahawa akan ada pendedahan besar untuk game yang sangat dinantikan ini.

Tarikh pelancaran? Gameplay baru? Sama-sama kita saksikan nanti.

JomKomen!