in ,

PlayStation Terima Anugerah Jenama Konsol Paling Laris Dalam Sejarah, Lebih 450 Juta Unit Terjual

PlayStation telah menerima anugerah dari Guinness World Records sebagai konsol kediaman (home console) paling laris dalam sejarah.

Rekod ini merangkumi jualan PlayStation yang pertama, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4 — diambil dari tarikh pelancaran PlayStation pada 3 Disember 1994 hingga 7 November 2019. Dalam jangka waktu ini, sebanyak 450,190,000 unit jenama PlayStation telah terjual.

Anugerah ini disampaikan dalam satu majlis bagi meraikan ulang tahun ke-25 PlayStation, dihariri oleh CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan dan bekas CEO, Ken Kutaragi, yang dikenali sebagai ‘Bapa PlayStation’. Kuataragi merupakan individu penting dalam pembangunan PlayStation pada era 1990-an.

Adakah korang salah seorang gamer yang menyumbang kepada rekod ini? Bangga dengan pencapaian PlayStation ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Marco van Basten Dibuang Dari FIFA 20 Ultimate Team Kerana Komen Berbaur Nazi

Marco van Basten Dibuang Dari FIFA 20 Ultimate Team Kerana Komen Berbaur Nazi

Mod The Mandalorian Dan Baby Yoda Ditambah Oleh Peminat Dalam Star Wars Battlefront 2

Mod The Mandalorian Dan Baby Yoda Ditambah Oleh Peminat Dalam Star Wars Battlefront 2