in ,

PlayStation Studios Malaysia Kini Buka Banyak Jawatan Kosong – Juruanimasi, Artis Teknikal, Pengurus Jurutera

Ketua PlayStation Studios Malaysia, Hasnul Hadi telah menaikkan satu tweet yang mengajak mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk mengisi beberapa jawatan kosong di studio tersebut.

Berikut ialah jawatan kosong yang disenaraikan, yang mana korang boleh lihat dan mohon di laman Linkedin ini.

  • Environment Artist
  • Animator: Cinematic & In-Game
  • Dev Ops Engineer
  • Senior Character Artist
  • Senior Technical Artist
  • Senior VFX Artist
  • Technical Artist
  • Senior Environment Artist
  • Senior Dev Engineer Ops
  • Senior Lighting Artist
  • Senior Pipeline Engineer Manager
  • Pipeline Engineer Manager

Sekiranya korang pernah memasang impian untuk bekerja dalam membangunkan game-game AAA yang diterbitkan oleh Sony, dan tentunya memiliki kelayakan yang dikehendaki, inilah masanya untuk memohon!

Pada November 2019, Sony telah mengumumkan penubuhan studio globalnya yang pertama di Asia Tenggara, iaitu di Malaysia, dan pada Oktober 2020, Hasnul Hadi Samsudin telah dilantik sebagai Ketua SIE Worldwide Studios Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Hanya Berjudul ‘Battlefield’, Latar Masa 10 Tahun Akan Datang

Kembalinya Cyberpunk 2077 Ke PlayStation Store Terserah Sepenuhnya Kepada Sony, Kata CDPR