in , ,

PlayStation Studios Akan Lancarkan Game Pertama Untuk Xbox – MLB The Show 21

Sukan baseball mungkin tidak begitu popular di Malaysia, maka video game baseball juga tidak mempunyai peminat yang ramai di sini.

Bagi yang tidak tahu, siri MLB: The Show merupakan francais video game baseball yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios (SIE WWS, kini dikenali PlayStation Studios) sejak 2006, eksklusif untuk platform PlayStation.

Terkini, buat pertama kalinya dalam sejarah francais ini, MLB The Show 21 akan turut dilancarkan untuk platform Xbox — sekaligus menjadikan ia game pertama yang dibangunkan PlayStation Studios yang akan dilancarkan untuk konsol-konsol Microsoft.

Lebih menarik, MLB The Show 21 akan menyokong sepenuhnya cross-platform progression, cross-saves, dan online multiplayer antara PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S — dilancarkan pada 20 April ini.

Bagi peminat game baseball yang tidak memiliki mana-mana konsol PlayStation sebelum ini, pengumuman ini sememangnya satu berita gembira buat mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apex Legends: Saksikan Legend Baru, Fuse Beraksi Dalam Trailer Penuh Letupan

Ucap Selamat Tinggal Kepada Battleborn – Server Online Kini Dah Dimatikan