Di sebalik banyak fungsi yang peminat mahukan ke dalam sistem PlayStation 4, nampaknya Sony telah menambah satu fungsi yang tidak dijangka.

PlayStation Store untuk akaun rantau Eropah kini membenarkan para pemainnya menukar ke store rantau lain. Menurut laporan Push Square, setting ini boleh di akses di tab kiri di dalam PlayStation Store, kemudian pemain boleh memilih negara/rantau dan bahasa yang ingin dipaparkan.

Ada laporan yang mengatakan, buat masa ini, walaupun telah ditukar ke store negara/rantau lain, pemain tidak boleh membuat sebarang pembelian. Mungkin fungsi ini masih dalam versi percubaan? Jika tidak, apakah sebenarnya motif ia membenarkan pemain menukar ke store rantau lain?

Fungsi ini sememangnya sesuatu yang mengejutkan memandangkan Sony yang mengunci setiap store kepada negara/rantau tersendiri (region lock) sejak azali. Lebih menjadikan persoalan adalah apakah fungsi ini akan kekal atau hanya sementara? Sekiranya kekal, adakah ia hanya untuk rantau Eropah atau bakal diperkenalkan untuk seluruh dunia?

Atau ini mungkin permulaan kepada Sony yang tidak mahu lagi menggunakan region lock untuk PlayStation Store?

Masih tiada apa-apa kenyataan daripada Sony mengenai perkara ini.

JomKomen!