in ,

PlayStation State of Play Seterusnya Berlangsung Minggu Depan – Fokus Game Pihak Ketiga

Sony nampaknya sudah bersedia untuk mengadakan acara livestream mereka yang seterusnya pada minggu hadapan.

PlayStation State of Play seterusnya akan berlangsung pada 28 Oktober 2021, 5 pagi (waktu Malaysia).

Seperti biasa, Sony tidak menyebutkan secara spesifik apakah game-game yang akan dipaparkan, walau bagaimanapun menyatakan yang ia adalah game-game dari penerbit pihak ketiga yang akan dilancarkan ke PS5 dan PS4 — termasuklah game yang pernah diumumkan sebelum ini serta game yang pertama kali akan didedahkan.

Acara tersebut akan berlangsung selamat kira-kira 20 minit.

Apakah agaknya game-game yang akan diperlihatkan? Sama-sama kita saksikannya nanti.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekuel PUBG Mobile, PUBG: New State Akan Dilancarkan Sepenuhnya Pada 11 November Ini

Ini Video Perbandingan Grafik Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition, Dilancarkan 11 November