Dalam acara State of Play oleh PlayStation yang terakhir lalu, Sony memperlihatkan 20 minit gameplay The Last of Us Part II.
Kini, Sony telah mengumumkan State of Play yang seterusnya, iaitu ia bakal berlangsung pada 7 Ogos ini (Jumaat), 4 pagi (waktu Malaysia). Korang boleh tontonnya di platform rasmi PlayStation di Twitch dan Youtube.
Walau bagaimanapun, Sony menyatakan dengan jelas bahawa acara livestream ini tidak akan mendedahkan apa-apa butiran besar tentang PlayStation 5.
Sebaliknya, mereka akan memfokuskan kepada game-game pihak ketiga yang bakal tiba ke PS4 dan PS VR. Beberapa berita baharu tentang game-game PS5 yang didedahkan pada Jun lalu juga akan disebutkan dalam acara pada Jumaat ini.
Kata Sony lagi, acara yang bakal berlangsung selama 40 minit itu tidak akan membincangkan tentang PlayStation Studios, serta tiada kemaskini tentang hardware, pra-tempah dan tarikh pelancaran PS5.
Comments
Loading…