in , ,

PlayStation Showcase 2021 Diumumkan, Fokus Game-Game PS5 Pada Minggu Hadapan

Sony Interactive Entertaiment telah mengumumkan PlayStation Showcase 2021, sebuah acara secara langsung yang akan fokus memperlihatkan game-game PS5.

PlayStation Showcase 2021 akan berlangsung pada 4 pagi, 10 September 2021 (waktu Malaysia). Boleh ditonton di Youtube dan Twitch rasmi PlayStation.

Dalam kenyataan di PlayStation Blog, acara ini akan berjalan selama 40 minit dan menampilkan beberapa kemaskini dari PlayStation Studios dan beberapa pembangun lain, untuk game-game yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini dan selanjutnya.

Acara ini dijanjikan akan mempunyai banyak game-game menarik PS5 dari pembangun-pembangun kecil dan besar.

Sony menegaskan siap-siap bahawa acara ini tidak menyentuh sebarang perkembangan tentang generasi seterusnya PlayStation VR.

Apa yang korang harap dan mahukan dari acara kali ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

eFootball Tukar Nama Rasmi Lagi, Bakal Dilancarkan Pada 30 September Untuk PC, Konsol

Horizon Forbidden West Ada 7 Edisi Pra-Tempah, Tiada Naik Taraf Percuma Dari PS4 Ke PS5