Menu
in , ,

PlayStation Productions Sedang Bikin Siri TV Twisted Metal, Diterajui Penulis Filem Deadpool, Cobra Kai

Sony pernah mengumumkan pada Mei 2019 yang mereka bakal menerbitkan siri televisyen live-action dari francais klasik popular, Twisted Metal. Sejak itu, produksi itu mendiamkan diri — sehinggalah hari ini.

Variety telah melaporkan bahawa projek ini semakin bergerak ke hadapan dengan sudah mempunyai beberapa individu yang akan menerajuinya.

Rhett Reese dan Paul Wernick — gandingan mantap yang sebelum ini menulis untuk filem Deadpool dan Zombieland — akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Siri ini akan ditulis oleh Michael Jonathan Smith, yang sebelum ini terkenal sebagai penulis dan penerbit siri TV Cobra Kai.

Adaptasi ini akan mengisahkan seorang orang luar yang bermulut celupar, diberikan peluang kedua untuk membaiki kehidupan. Tapi sebelum itu beliau perlu menghantar satu pakej misteri ke satu lokasi di dalam persekitaran pasca-apokalips. Melalui bantuan temannya yang menggila, beliau akan diganggu dengan geng-geng kenderaan yang memusnahkan serta lain-lain marabahaya, termasuklah badut gila yang memandu trak ais krim, yang ramai kenali sebagai Sweet Tooth.

Twister Metal merupakan siri TV berbajet besar kedua daripada Sony Pictures TV dan PlayStation Productions dalam beberapa bulan ini, selepas The Last of Us. Baru-baru ini, The Last of Us, terbitan bersama HBO, telah mengumumkan siapakah yang bakal membawakan watak Joel dan Ellie, iaitu Pedro Pascal dan Bella Ramsey.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version