in ,

PlayStation Plus Umumkan Serentak Game-Game Percuma Bulanan, Game Catalogue Untuk September 2022

Bulan-bulan lalu, Sony Interactive akan mengumumkan secara berasingan game-game bulanan (Essential) dan game yang akan dibawa masuk ke dalam Game Catalog (Extra, Deluxe).

Terkini, bermula bulan ini, mereka nampaknya akan mengumumkan serentak kesemua game yang akan ditampilkan dalam setiap langganan PlayStation Plus.

3 game bulanan (Essential, Extra, Deluxe) diumumkan untuk September 2022. Ia akan boleh diambil dari 6 September hingga 3 Oktober. Game-game tersebut adalah:

  • Need for Speed Heat
  • Granblue Fantasy: Versus
  • Toem

Game Catalogue (Extra, Deluxe) pula akan ditambah dengan 10 game. Game-game yang akan tersedia bermula 20 September ini adalah:

  • Deathloop
  • Assassin’s Creed Origins
  • Watch Dogs 2
  • Dragon Ball Xenoverse 2
  • Spiritfarer: Farewell Edition | PS4
  • Monster Energy Supercross – The Official Videogame 5
  • Rabbids Invasion: The Interactive TV Show
  • Rayman Legends
  • Scott Pilgrim vs. The World: The Game – Complete Edition
  • The Wonderful 101: Remastered

Untuk senarai game klasik pula (Deluxe) mereka akan menambah 3 game lagi bermula 20 September, iaitu:

  • Syphon Filter 2 (PS1)
  • Toy Story 3 (PSP)
  • Kingdom of Paradise (PSP)
https://www.facebook.com/PlayStationAsia/posts/pfbid02crUZbVcmFjsihRsm9XYqZLgBaVjc45oErevecSMfjwoSpaYT7Q5cgc46bF7Bumnhl

Bagi korang yang masih belum ambil game-game percuma untuk bulan Ogos 2022, korang masih ada masa sehingga 5 September ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

The Last of Us Part I: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Ubisoft Umum Assassin’s Creed Mirage Secara Rasmi, Info Lebih Lanjut Minggu Depan