in , ,

PlayStation Plus Mempunyai Pelanggan 2 Kali Ganda Daripada Xbox Game Pass

Di sebalik Xbox Game Pass memiliki pandangan yang lebih positif dalam kalangan para pemain berbanding PlayStation Plus, namun bilangan pelanggannya menunjukkan sebaliknya.

Ini menurut data yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis di Twitter, @Zuby_Tech. Beliau telah mengeluarkan satu data bilangan pelanggan untuk beberapa servis langganan gaming.

Pada asalnya, data ini memecahkan data dua servis langganan Sony, iaitu antara PlayStation Plus (48 juta) dan PlayStation Now (3.2 juta). Namun, seperti yang diumumkan Sony dua minggu lalu, PlayStation Now akan diserap masuk ke dalam PlayStation Plus melalui satu sistem langganan serba baharu.

Oleh itu, apabila digabungkan kedua-duanya, PlayStation Plus kini mempunyai 51.2 juta pelanggan, berbanding Xbox Game Pass yang memiliki hanya 25 juta pelanggan.

Malah, Nintendo Switch Online memiliki bilangan pelanggan yang lebih tinggi berbanding Xbox Game Pass, iaitu seramai 32 juta pelanggan, diikuti dengan langganan EA Play seramai 12 juta pelanggan.

Mengapa bilangan pelanggan PlayStation Plus lebih dua kali ganda berbanding Xbox Game Pass walaupun servis Microsoft itu menerima pujian yang melambung?

Pertama, secara kasarnya, PlayStation merupakan satu jenama gaming global yang lebih popular berbanding Xbox. Kedua, Xbox Game Pass tidak dilancarkan secara meluas di seluruh dunia seperti mana yang ditawarkan PlayStation Plus.

Masih banyak negara yang Microsoft belum lancarkan Xbox Game Pass secara rasmi, termasuk Malaysia. Bukan setakat Xbox Game Pass, bahkan konsol Xbox itu sendiri tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi.

Walau bagaimanapun, melihat kepada pelancaran previu PC Game Pass baru-baru ini, para peminat tempatan sudah mula meletakkan harapan yang Microsoft sudah mula memandang untuk melancarkan produk mereka kepada lebih banyak negara di rantau Asia.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Epic Games, LEGO Umum Kerjasama Bina Metaverse Untuk Kanak-Kanak

Need for Speed Heat Takkan Ada Loot Box, Tapi Akan Ada DLC Berbayar

Need for Speed Baharu Mungkin Akan Tinggalkan PS4, Xbox One – Hanya Lancarkan Untuk Konsol Generasi Terkini