in ,

PlayStation Plus Baharu Kini Dilancarkan Di Malaysia – Ini Senarai Penuh Koleksi Game, Bagaimana Untuk Naik Taraf

Setelah 12 tahun dilancarkan, PlayStation Plus kini berwajah baharu — dalam langkah Sony untuk bersaing dengan Xbox Game Pass keluaran Microsoft.

Pembaharuan PS Plus itu kini telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini, membawakan tiga tahap langganan iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Kepada yang masih samar-samar tentang bagaimana ketiga-tiga tahap ini memberikan tawaran, korang boleh baca artikel ini terlebih dulu.

Minggu lalu, Sony telah mendedahkan serba sedikit game-game popular yang akan menghiasi Game Catalog, iaitu yang terdapat dalam Extra dan Deluxe — di mana inilah koleksi game yang sebenarnya bersaing secara langsung dengan Xbox Game Pass.

Terkini, bersempena dengan pelancaran penuh PS Plus baharu di beberapa negara Asia, termasuk Malaysia, Sony telah mendedahkan senarai penuh ratusan game yang ditawarkan dalam Game Catalog — dan ianya boleh dilihat di pautan ini. Selain itu, pemain juga boleh melihat senarai ini di PlayStation Store konsol PS4 dan PS5.

Kami tidaklah akan menyenaraikan kesemua ratusan game tersebut di dalam artikel ini kerana ia akan menjadi terlalu panjang. Sebaliknya korang boleh lihatnya sendiri di pautan ini.

Seterusnya, Sony juga mendedahkan kesemua game yang boleh pelanggan Deluxe (sahaja) cuba dalam Game Trials, iaitu:

  • Horizon Forbidden West
  • Tiny Tina’s Wonderlands
  • Cyberpunk 2077
  • WWE 2K22
  • UNCHARTED: Legacy of Thieves Collection
  • Hot Wheels Unleashed
  • LEGO CITY Undercover
  • Biomutant
  • Farming Simulator 22
  • MotoGP 22
  • ELEX 2

Tempoh percubaan dalam Game Trials ini berbeza mengikut game. Ada yang boleh dicuba sehingga 5 jam, dan ada juga hanya 2 jam. Masa percubaan itu hanya akan berjalan apabila pemain masuk ke dalam game itu, bukannya bermula dari waktu muat-turun.

Seperti yang Sony katakan sebelum ini, Sony menegaskan yang senarai game yang ada dalam Extra dan Deluxe akan disegarkan — ditambah, dan mungkin sesetengahnya dibuang — pada setiap pertengahan bulan dengan menambah barisan game baharu.

Bagaimana Ingin Naik Taraf Tahap Langganan?

Untuk pelanggan baharu yang tidak mempunyai langganan PS Plus secara aktif sebelum ini, tentunya mudah sahaja untuk memahami dan memilih tahap mana yang ingin dilanggan — yang mana harganya sudahpun diumumkan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, untuk pelanggan PS Plus sedia ada (yang lama), ia secara automatiknya ditukarkan ke tahap Essential (tiada caj tambahan, cuma bertukar nama, dengan manfaat yang sama). Oleh itu, kalau korang ingin menaik taraf langganan kepada Extra atau Deluxe, bagaimana dan berapa jumlah bayarannya?

Konsepnya, jumlah bayaran naik taraf akan dikira sehingga tarikh luput langganan PS Plus sedia ada, dan ditambah (topup) dengan bayaran untuk langganan tahap mana yang pemain ingin naik taraf.

Misalnya, untuk penulis sendiri, yang telah melanjutkan langganan PS Plus sedia sehingga 27/12/2023, bayaran yang perlu penulis tambah untuk naik taraf ke Extra adalah RM199.59, manakala untuk ke Deluxe adalah RM263.48. Tentunya, jumlah tambahan ini akan lebih rendah sekiranya tarikh luput tersebut lebih awal.

Korang tidaklah perlu pening dan keliru soal harga naik taraf ini. Pergi sahaja ke PlayStation Store sama ada di konsol PS4/PS5, desktop atau aplikasi, jumlah bayaran yang perlu ditambah sudah tersedia dikira untuk korang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us Remake Dilaporkan Akan Dilancarkan Hujung Tahun Ini

Game Catalog PlayStation Plus Boleh Main Secara Offline, Tapi Kena Online Seminggu Sekali