in ,

Semua Pemain PlayStation Dapat Ratchet & Clank Percuma Pada Mac, Play At Home Kembali

April tahun lalu, Sony telah memulakan satu inisiatif — Play At Home — untuk menggalakkan dan memberikan kegembiraan kepada orang ramai untuk duduk di rumah dalam suasana pandemik dengan memberikan dua game percuma iaitu Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey.

Kini, Play At Home kembali lagi dengan beberapa penawaran hiburan yang akan berlangsung selama empat bulan, dari Mac hingga Jun 2021, umum Sony.

Pertama sekali, bermula 12 tengah hari, 2 Mac hingga 11 pagi, 1 April (waktu Malaysia) pemain berpeluang untuk menebus Ratchet & Clank (2016) secara percuma. Apabila pemain berjaya mendapatkan game ini dalam tempoh itu, ia akan menjadi milik pemain buat selamanya.

Harus diingat, tawaran ini adalah percuma untuk semua pemain yang mempunyai akaun PlayStation Network, dalam kata lain, tidak memerlukan langganan PlayStation Plus untuk menebusnya.

Selain itu, Sony turut memberikan 90 hari percuma akses kepada langganan platfom penstriman anime di Funimation atau Wakanim. Malangnya, kedua-dua laman ini tidak dilancarkan di Malaysia.

Dari semasa ke semasa, Sony akan mendedahkan apakah game atau tawaran hiburan percuma yang akan diberikan kepada komuniti PlayStation dalam kempen Play At Home ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat Pagi Ini, Tiada Berita PS5

Acara PlayStation State of Play Akan Diadakan Pada Jumaat, 10 Game PS4/PS5 Diperlihatkan

Pembangunan Anthem NEXT Telah Dibatalkan, Umum BioWare