in , , ,

PlayStation Music Letakkan Tarikh Pelancaran The Last of Us Part II Pada Tahun 2019

The Last of Us Part II adalah game eksklusif PlayStation akan datang yang paling ditunggu buat masa ini. Di sebalik beberapa video gameplay trailer dan info yang telah didedahkan, Sony dan Naughty Dog masih belum mendedahkan bilakah sebenarnya game ini akan dilancarkan.

Terbaru, Youtube channel PlayStation Music telah memuatnaik lagu Wayfaring Stranger nyanyian Ashley Johnson (pelakon suara Ellie) dan Troy Baker (pelakon suara Joel), iaitu persembahan secara langsung mereka berdua semasa PlayStation Experience (PSX) 2017.

Apa yang menarik tentang video ini ialah di bahagian description, ia meletakkan The Last of Us Part II sebagai sebuah game yang akan dikeluarkan pada tahun 2019. Walaupun tiada kata rasmi daripada Sony ataupun Naughty Dog untuk mengesahkan perkara ini, tetapi harus diingat yang PlayStation Music ini merupakan channel rasmi.

Jadi, kemungkinan besar The Last of Us Part II akan dikeluarkan pada tahun 2019… jika Sony tidak membuat sebarang penundaan ke tahun seterusnya — sesuatu yang mereka gemar untuk lakukan.

https://www.youtube.com/watch?v=IHJGfZno2HU

Terima kasih, Redditor BostonMIT.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hadiah Terkumpul RM3,000, Jom Sertai Pertandingan PES 2019 Di Hartamas, Kuala Lumpur!

Megaquarium: Hasil Karya Studio Indie Bersaiz Mini – Kecil-Kecil Cili Padi Tau!