Buat apa keluarkan handheld sendiri, macam PSP atau PS Vita, kalau boleh kolaborasi dengan Nintendo terus?
Pada ketika ini, Remote Play hanya boleh disambungkan antara PS4 ke PC, Mac, iOS, atau Android, dan kita boleh main di peranti-peranti itu dengan menggunakan controller DualShock 4.
Bagi korang yang tidak tahu, Remote Play merupakan satu fungsi di mana kita sambungkan PS4 dan peranti lain (yang disebut di atas) dalam satu network Internet yang sama, kemudian kita boleh stream skrin PS4 itu ke peranti tersebut. Dalam erti kata lain, kita boleh main game-game PS4 di peranti tersebut.
Terbaru, Sony ada membuat satu tinjauan yang bertanyakan bermacam soalan bagi memperkemas fungsi PS4. Salah satu soalan, mereka ada menanyakan apakah reaksi para pemain sekiranya Sony ingin menambah bilangan peranti sedia ada yang boleh memainkan Remote Play. Antara contoh peranti lain disebutkan ialah Nintendo Switch, Apple TV dan Android TV.
Pastinya Sony tidak meletakkan Switch sebagai salah satu contoh sekiranya mereka tidak merancang atau mempunyai keupayaan untuk membawakan fungsi Remote Play ke peranti itu, ya tak. Dan sekiranya tinjauan tersebut memberikan maklumbalas positif, semestinya Sony akan benar-benar mempertimbangkannya.
Sony sememangnya sudah semakin terbuka dalam pendekatannya terhadap aspek eksklusif konsol mereka. Selepas membuka fungsi cross-play untuk bermain bersama para pemain dari platform lain, kini telah banyak khabar angin tentang game-game eksklusif PlayStation akan dibawakan ke PC pula, seperti Horizon Zero Dawn.
Apa pula reaksi korang? Adakah satu perancangan yang bagus membawakan game-game PS4 ke Switch pula?
Sumber: DualShockers
Comments
Loading…