in , , ,

PlayStation Mengambil-Alih Evo, Kejohanan Game Fighting Terbesar Dunia

PlayStation kini telah mengambil-alih Evolution Championship Series, atau lebih dikenali sebagai EVO, iaitu kejohanan game fighting terbesar dunia.

Kedua-dua syarikat ini mengumumkan perkara ini dalam satu kenyataan bersama.

Sony dan sebuah syarikat esports baharu, RTS telah memiliki aset-aset dan pemilikan siri EVO, bermakna kesemua kejohanan akan datang bakal dikendalikan oleh PlayStation dengan kerjasama RTS.

Walau bagaimanapun, wakil EVO, Mark Julio mengatakan yang acara-acara akan datang tidak akan eksklusif kepada platform Sony.

Pihak Nintendo, yang telah banyak menganjurkan kejohanan bersama EVO sebelum ini, turut memberikan komen terhadap pengambil-alihan ini kepada IGN. Wakil Nintendo mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjasama mereka itu, serta menyatakan yang Nintendo akan menilai EVO, serta peluang-peluang lain untuk kejohanan online dan offline untuk Super Smash Bros.

EVO Online 2021 akan bermula pada Ogos ini, seperti biasa mempertandingkan Tekken 7, Street Fighter 5, Mortal Kombat 11, and Guilty Gear: Strive dalam format terbuka.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Life is Strange: True Colors Diumumkan, Protagonis Berkuasa Melihat Emosi Orang Sekeliling

PlayStation Beri 9 Game Percuma Pada Mac-April – Horizon Zero Dawn, Abzu, Dan Banyak Lagi