PlayStation London Studio yang terkenal dalam menghasilkan game seperti EyeToy dan Wonderbook sedang menghasilkan sebuah game aksi co-op.
Game aksi co-op itu masih belum mempunyai nama rasmi, namun ia akan berlatarbelakangkan di dunia fantasi UK.

Dalam sesi temu bual bersama GamesIndustry.biz, ketua studio bersama Stuart Whyte menjelaskan studionya mempunyai pengalaman dalam menghasilkan projek untuk virtual reality dan persisian. Tapi beliau mahu meneroka cabaran baharu dalam game akan datang ini.

Beliau berkata pihaknya mahu mencuba sesuatu yang baharu. Beliau juga berharap projek terbaru ini akan mengeluarkan mereka dari ruang selesa dan terus mencuba perkara-perkara baharu.
Juga ketua studio bersama, Tara Saunders game aksi co-op yang berlatarbelakangkan dunia fantasi UK ini dihasilkan khusus untuk PlayStation 5.
Comments
Loading…