in , , , ,

PlayStation Kantoi Gunakan Video Gameplay Anthem Yang Ada Logo Butang Xbox One X Di YouTube

Ramai yang terpukau dengan pendedahan gameplay Anthem di E3 2017 dengan menggunakan konsol Xbox One X. Malah PlayStation juga ‘sangat menyukai’ video gameplay tersebut sehinggakan mereka memuat naik video yang sama di channel rasmi PlayStation di YouTube.

Pada mulanya penonton perasan yang ianya adalah video yang sama, tetapi mungkin ianya ialah video gameplay dari konsol PlayStation 4 Pro. Namun, beberapa peminat dapat mengesan sesuatu yang pelik, rupa-rupanya PlayStation mengambil video Anthem dari Xbox One X dan menindihkan butang kawalannya di atas butang-butang Xbox One X.

Editor di PlayStation melakukannya dengan memanipulasi setiap frame dalam video itu dan menggantikan butang kawalan Xbox One, LB dengan butang L1 untuk PlayStation. Tapi sesiapa sahaja yang mengubah suai video itu nampaknya terlepas beberapa frame dan apabila video diperlahankan, penonton dapat mengesan percanggahan.

Video itu telah dikeluarkan dari YouTube, tapi korang boleh lihat gambar di bawah di mana butang PlayStation menindihkan butang Xbox One:

Sejujurnya, ini tidak menjadi masalah yang besar kalau video itu dijalankan pada sistem yang setanding. Xbox One X mempunyai lebih kuasa berbanding PlayStation 4 Pro, walau bagaimanapun melakukan penindihan seperti ini tidak mewakili apa yang game itu akan kelihatan di sistem Sony pula nanti.

Tapi ia adalah keputusan yang pelik untuk pasukan PlayStation untuk mengambil video Xbox One X dan cuba untuk menjadikannya seperti milik mereka.

JomBaca: Anthem Ialah “Fantasi Sains” Seperti Stars Wars Dan Dunia Marvel, Bukan Seperti Mass Effect, Kata Bioware

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Doomfist Akhirnya Muncul Dalam Overwatch – Kini Berada Dalam PTR Mode!

PES 2018: Saksikan Video Montaj Aksi-Aksi Penjaga Gol Ini – Tiada Lagi Kesilapan Pelik Oleh Penjaga Gol?