Semakin dekat kita kepada Disember, semakin banyak bukti yang mengarah kepada pelancaran PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) di PS4 pada bulan hadapan.
Terbaru, laman web rasmi PlayStation Hong Kong secara tidak sengaja telah menaikkan info tentang satu bundle PUBG yang didatangkan bersama 12-bulan langgan PlayStation Plus.
Semestinya laman info itu kini telah dipadamkan, walau bagaimanapun seorang forumer di ResetEra telah berjaya dapatkan pautan dan ambil screenshot info tersebut. Melalui apa yang dapat kita lihat, promosi ini akan dilancarkan ke PS Store bermula 14 November dan berakhir pada 6 Disember ini. Seperti biasa, rantau Hong Kong ini turut termasuk sama untuk negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Taiwan dan Thailand.
Menurut Gematsu, bundle ini turut menghadiahkan pemain dengan “Yukata” (pakaian tradisional Jepun). Apabila membelinya, pemain akan diberikan kod untuk menebus game ini melalui emel.
Setakat ini, kita tidak dapat kepastian sama ada game ini mula akan dilancarkan ke PS4 pada 14 November ini, atau tempoh waktu tersebut hanya promosi untuk mendapatkan bundle ini. Hal ini kerana ramai menjangkakan yang ia hanya akan dilancarkan ke platform Sony itu pada bulan Disember.
Comments
Loading…