in , ,

PlayStation Classic: Tiada Penambahan Bilangan Game Pasca-Pelancaran, Tiada Fungsi Online

Beberapa hari lalu, Sony telah membuat kejutan dengan mengumumkan PlayStation Classic, konsol PlayStation asal yang dikeluarkan semula dengan rekabentuk yang lebih kompak.

Semasa memperkenalkan konsol ini, Sony mendedahkan yang ia akan didatangkan bersama 20 game. Antaranya ialah Final Fantasy VII, Jumping Flash, Ridge Racer Type 4, Tekken 3, dan Wild Arms. Senarai akhir untuk kesemua 20 game itu masih belum didedahkan.

Terbaru, menurut laporan IGN, jumlah 20 game itu akan kekal buat selamanya. Bermakna, tiada penambahan daripada 20 game itu walaupun selepas ia dilancarkan beberapa ketika.

“Tiada perancangan untuk membawakan kandungan baru untuk PlayStation Classic pasca-pelancaran,” kata jurucakap PlayStation.

Selain itu, seperti dijangka, pihak Sony turut mengesahkan yang PlayStation Classic tidak akan mempunyai sebarang fungsi online dan tiada sebarang sambungan kepada akaun PlayStation Network. Bermakna, tiada sokongan Trophy untuk game-game yang dimainkan.

PlayStation Classic akan masuk ke pasaran Malaysia pada 3 Disember ini dengan harga RM429.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 19 Bawakan Nostalgia Bola Sepak 1960-an Dalam Story Mode The Journey: Champions

Seorang Pesakit Kanser Neuroblastoma Menerima Salinan Awal Fallout 76