Antara kejutan terbesar yang dibawakan Sony pada tahun ini ialah melancarkan PlayStation Classic. Di sebalik mendapat sambutan hangat kerana membangkitkan semula nostalgia, ia menerima maklumbalas yang agak teruk juga disebabkan bilangan game yang terhad, iaitu sebanyak 20 game.
Terkini, para penggodam telah menemui satu kelemahan dalam konsol retro ini yang mampu membenarkan tambahan game dimainkan melalui USB drive sahaja.
Penulis bukanlah arif untuk menerangkan bagaimana proses godaman ini dilakukan secara teknikal, tetapi menurut HotHardware, penggodam Yifan Lu menemui kelamahan itu semasa sistem konsol ini dilambakkan ke mesin external. Kemudian penggodam ini menjumpai kunci yang di-embed kepada peranti itu sendiri — bukan satu kunci khusus yang eksklusif untuk Sony.
Para penggodam ini pun terus cuba crack konsol ini dan memainkan game-game PlayStation lain yang tidak masukkan ke dalam konsol itu pada asalnya. Korang boleh tonton gameplay Crash Bandicoot dimainkan di PlayStation Classic yang telah digodam dalam video di bawah:
Perkakasan yang digunakan penggodam ini untuk menggodam konsol ini digelar BleemSync. Buat masa ini, mereka tidak mengatakan sama ada usaha untuk menggodam konsol ini boleh membuatkannya rosak (brick) ataupun tidak.
Comments
Loading…