in ,

PlayStation Beri 9 Game Percuma Pada Mac-April – Horizon Zero Dawn, Abzu, Dan Banyak Lagi

Bulan lalu, Sony telah mengumumkan yang kempen Play At Home kembali, memberikan Ratchet & Clank secara percuma dari sekarang hingga 1 April.

Terkini, mereka telah mendedahkan lebih banyak game yang akan diberikan secara percuma sepanjang Mac dan April ini untuk para peminat setia PlayStation.

Bermula 25 Mac ini, 8 buah game indie akan boleh para pemain PS4 dan PS5 tebus secara percuma. Setakat ini Sony tidak menyatakan bilakah tawaran ini akan tamat. 8 game tersebut ialah:

  • Abzû
  • Rez Infinite
  • Subnautica
  • The Witness
  • Astro Bot Rescue Mission
  • Moss
  • Thumper
  • Paper Beast

Tentunya, paling dinantikan adalah Horizon Zero Dawn Complete Edition. Bermula 20 April, 11 pagi (waktu Malaysia), pemain boleh menebus game open-world yang dibangunkan Guerrilla Games itu. Tawaran percuma game futuristik-robotik ini akan tamat pada 15 Mei, 11 pagi.

Harus diingat ya, kesemua game adalah percuma untuk semua pemilik PS4 dan PS5. Tiada langganan PlayStation Plus diperlukan untuk menebusnya.

Sony mengatakan yang lebih banyak kandungan akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Mengambil-Alih Evo, Kejohanan Game Fighting Terbesar Dunia

Rustler: Game Seperti GTA Klasik, Tapi Latar Belakang Zaman Dulu-Dulu