in ,

PlayStation Bekerjasama Dengan Bekas Pembangun Destiny Untuk Game Online Multiplayer Eksklusif Baru

Sony Interactive Entertainment sedang bekerjasama dengan ProbablyMonsters Inc. dan Firewalk Studios untuk membangunkan sebuah game online multiplayer baharu, eksklusif untuk PlayStation.

ProbablyMonsters Inc. merupakan sebuah syarikat yang didedahkan oleh bekas CEO Bungie, Harold Ryan pada tahun 2019. Firewalk Studios yang ditubuhkan pada 2018 adalah salah sebuah studio pembangun yang berada di bawah ProbablyMonsters Inc.

Pasukan Firewalk Studios dipenuhi oleh ramai veteran industri yang pernah membangunkan pelbagai game AAA termasuklah BioShock, Call of Duty, Destiny, dan Mass Effect. Oleh itu, membangunkan game-game online multiplayer sememangnya kepakaran mereka.

Dalam pengumuman di PlayStation Blog, Ketua Firewalk Studios, Tony Hsu berkata, “bagi pasukan kami, peluang untuk mencipta dunia baharu dan menginspirasikan lebih banyak detik hebat untuk pemain-pemain kami di seluruh dunia adalah api dan cita-cita yang membuatkan kami untuk terus berjuang.”

Buat masa ini, itu sahajalah butiran yang mereka boleh dedahkan setakat ini. Sama-sama kita nantikan apakah game yang sedang mereka bangunkan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Untuk Ambil Game Percuma Di Epic Games Store Kini Memerlukan Pengesahan Dwi-Factor

Mata Wang Ringgit Malaysia Kini Dilancarkan Di Epic Games Store

Cyberpunk 2077 Terjual Hampir 14 Juta Unit, Hanya 30 Ribu Unit Wang Dikembalikan