in , ,

PlayStation Asia Umumkan Edisi-Edisi Marvel’s Spider-Man, Standard Digital Berharga RM199

Edisi mana yang menjadi idaman kalbu?

Setelah kita melihat edisi-edisi Marvel’s Spider-Man dan harganya untuk pasaran antarabangsa, akhirnya PlayStation Asia telah mengumumkannya untuk pasaran tempatan pula.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka mendedahkan tiga edisi yang bakal para pemain tempatan boleh dapati. Edisi tersebut ialah Standard Edition, Digital Deluxe Edition dan Collector’s Edition.

Butiran lebih lanjut untuk setiap edisi ini ada di bawah:

Standard Edition

Edisi ini terbahagi kepada dua, iaitu Disc dan Digital. Disc berharga RM209, manakala Digital pula hanya berharga RM199.

Digital Deluxe Edition

Edisi ini akan memberikan tiga chapter tambahan dari siri yang digelar ‘The City that Never Sleeps’ yang mana semua chapter itu akan ditambah selepas game ini dilancarkan. Setiap chapter akan mempunyai misi tambahan, karakter tambahan dari universe Spider-Man dan suit tambahan. Ia berharga RM224.

Collector’s Edition

Edisi yang berharga RM699 ini akan didatangkan dengan game penuh dan siri ‘The City that Never Sleeps’ seperti yang disebut di atas serta:

  • Custom Steelbook
  • White Spider Sticker
  • Mini Artbook – mengandungi artwork yang tidak keluarkan, unik, dan konsep awal
  • Patung Collector’s Edition Marvel’s Spider-Man oleh Gentle Giant

Di samping itu, untuk korang yang melakukan pre-order untuk kesemua edisi yang disebutkan di atas, korang akan diberikan bonus seperti berikut:

Pre-order boleh mula dilakukan bermula hari ini, 27 April.

Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan pada 7 September 2018, eksklusif untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Mula Mengacah Season 4, Mungkin Bertemakan Adiwira

PES 2019 Diumumkan, 5 Pembaharuan Didedahkan, Pre-Order Sudah Boleh Dilakukan