Beberapa hari lalu, peminat Final Fantasy tersenyum lebar apabila mereka akhirnya dapat memainkan remake untuk sebuah game yang pada asalnya dilancarkan pada 1997. Tapi bukan semua yang tersenyum.
Sesetengah pemain yang membeli Final Fantasy VII Remake di PlayStation Store rantau Asia telah mengalami satu pepijat yang membuatkan pemain ‘tersalah’ beli versi bahasa untuk game ini.
Lazimnya, sesebuah game yang mempunyai beberapa versi bahasa di PlayStation Store, akan menyatakan di judulnya apakah versi bahasa yang disediakan, namun pepijat ini telah membuatkan pemain yang ingin membeli versi bahasa Inggeris/Jepun telah mendapat versi bahasa Cina/Korea, lapor Siliconera.
Pepijat ini terkena kepada pemain-pemain di Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Thailand.
Sony telahpun mengembalikan semula wang pemain yang terkena pepijat ini yang membeli salah versi bahasa ini sebelum 8 April, 2 petang (waktu Malaysia). Mereka akan mendapat kembali wang secara penuh dan dimasukkan ke dalam akaun/wallet PlayStation Store.
Apa yang mengejutkan ialah mereka yang terkena pepijat ini dapat menyimpan game versi bahasa yang tersalah ini walaupun wang telahpun dimasukkan ke dalam akaun.
Final Fantasy VII Remake kini boleh dimainkan di PS4, dengan hak eksklusif selama setahun untuk platform ini.
Korang boleh layan JomGaming bermain Final Fantasy VII Remake melalui livestream di bawah:
Comments
Loading…