Adakah korang pemain FIFA 18 terbaik Asia yang dicari?

PlayStation Asia dan ESL Asia akan bekerjasama untuk membawakan sebuah pertandingan FIFA 18 yang pasti bakal menarik ramai pemain terbaik Asia – digelar PlayStation League Asia 2018.

Empat siri kelayakan secara online akan diadakan yang mana ia terbuka kepada semua pemain dari tujuh buah negara, iaitu Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Korang boleh klik link-link di bawah untuk terus mendaftar bagi setiap pusingan kelayakan ini:

Dua pemain terbaik dari setiap pusingan kelayakan ini akan dipilih dan dibawakan berentap dalam acara akhir yang bakal berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia pada 13 Mei 2018. Lapan pemain ini akan bertarung untuk merebutkan hadiah terkumpul sebanyak USD10,000 (RM38,662).

Bagi korang pula peminat esport, terutamanya peminat siri game FIFA, pastinya korang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan para pemain terbaik Asia ini berentap di depan mata, betul tak? Tiket untuk menyaksikan acara akhir di Battle Arena ini juga disediakan. Dan apa yang paling menarik adalah korang boleh masuk secara percuma! Korang hanya perlu mendaftar di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.