PlayStation Asia sudah bersiap sedia untuk meraikan Tahun Baharu Cina dengan begitu meriah.
Mereka telah mengumumkan dua peraduan yang akan menyediakan bermacam hadiah lumayan. Dua peraduan tersebut ialah “Purchase PlayStation 5 Now for More Reward” dan “Good Wish Hunting”.
Disebabkan hadiah-hadiahnya cukup lumayan, maka langkah untuk memasukinya tidaklah begitu mudah. Oleh itu, korang ikuti artikel ini dan kami akan beritahu bagaimana ingin memenanginya.
Purchase PlayStation 5 Now for More Reward
Langkah-langkah:
- Dari 10 Januari hingga 28 Februari 2023, beli konsol PS5 (versi disc atau digital) dari kedai tempatan yang disahkan oleh Sony.
- Aktifkan konsol itu dengan log masuk ke PlayStation Network dalam tempoh kempen yang disebut di atas.
- Isi borang penyertaan di sini.
- Para pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan terbaik yang dihantar.
Hadiah-hadiah:
- Hadiah utama: 10 pemenang mendapat ALL IT eGift Card bernilai RM4,500.
- Hadiah kedua: 40 pemenang mendapat Touch ‘n Go eWallet Reload PIN bernilai RM2,250
- Hadiah ketiga: 100 pemenang mendapat PlayStation Store Gift Card bernilai RM450
Senarai pemenang akan diumumkan di laman web kempen dari 22 Mac 2023.
Good Wish Hunting
Langkah-langkah:
- Kempen berlangsung dari 22 Januari hingga 5 Februari 2023
- Lawati PlayStation Store di PS4 atau PS5 untuk mencari dan muat-turun ‘Good Wish Satchel’. Terdapat 5 ‘Good Wish Satchel’ yang bertebaran di PS Store.
- Berbelanja di PS Store untuk memenangi lebih banyak hadiah
Hadiah-hadiah:
- Hadiah utama: 10 pemenang yang berbelanja paling tinggi di PS Store dan berjaya mengumpulkan 5 ‘Good Wish Satchel’ akan memenangi-
– Sony BRAVIA TV KD-55X80K
– DualSenseTM Wireless Controller (Midnight Black)
– PULSE 3DTM Wireless Headset (Midnight Black)
– DualSense Charging Station
– PS5 Console Cover (Midnight Black)
– Media Remote - Hadiah kedua: 100 pemain pertama yang berjaya mengumpulkan 5 ‘Good Wish Satchel’ akan mendapat PS Store Gift Card bernilai RM100.
- Hadiah ketiga: Semua peserta yang berjaya mengumpulkan 5 ‘Good Wish Satchel’ akan mendapat kupon 10% diskaun untuk digunakan di PS Store.
- Hadiah keempat: Semua pemain yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya satu ‘Good Wish Satchel’ akan mendapat set penuh avatar di PS4/PS5 bertemakan Lunar New Year.
Untuk info lanjut mengenai ‘Good Wish Hunting’, korang boleh layari laman web rasmi ini.
Selain itu, dari 18 Januari hingga 5 Februari, PlayStation Asia juga menawarkan beberapa diskaun hardware dan software PlayStation yang boleh didapatkan di kedai tempatan yang disahkan oleh Sony. Untuk info lanjut, korang boleh lawati laman ini.
Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.