in ,

PlayStation Asia Adakan Acara PS5 Di Singapura 11 November – Tapi Ada Berita Buruk Untuk Pemain Malaysia

PlayStation Asia telah mengumumkan yang sebuah acara khas bagi meraikan pelancaran PS5 akan diadakan di Singapura pada 11 November ini.

Acara ini akan berlangsung pada pukul 11 malam, dan boleh ditonton secara langsung di laman web rasmi PlayStation, Facebook atau Youtube. Ia akan turut dimeriahkan oleh beberapa individu terkemuka dari Singapura seperti JJ Lin (penyanyi), Joakim Gomez (penyampai radio) dan Victoria Cheng (streamer).

Antara aktiviti yang akan dilakukan semasa acara ini berjalan ialah sesi unboxing PS5 oleh JJ Lin, serta perkongsian pengalaman gameplay oleh Joakim Gomez dan Victoria Cheng.

Sejurus pengumuman ini dibuat, akaun media sosial PlayStation Asia telah dikecam teruk oleh peminat dari negara Asia Tenggara lain selain Singapura yang sejak beberapa minggu ini seperti telah dianaktirikan oleh PlayStation Asia.

Para peminat dari Malaysia, Thailand, Filipina, dan Vietnam telah menyerang PlayStation Asia kerana pada ketika ini, di kala mereka sanggup membelanjakan wang dengan membawa beberapa individu popular untuk menghangatkan acara tersebut, para peminat dari negara-negara ini masih lagi tidak diendahkan dengan tarikh pelancaran mahupun harga pasaran untuk PS5.

Ramai berang kerana mereka tidak mahu melihat ‘influencers’ ini mempromosikan PS5 disebabkan mereka sendiri sudahpun tertarik dengan konsol terbaharu ini melalui promosi global oleh Sony serta perkongsian daripada media-media antarabangsa. Sebaliknya, para peminat tegar PlayStation di rantau ini mahu Sony memfokuskan terus untuk mengeluarkan PS5 dengan lancar di negara masing-masing.

Lebih membuatkan kemarahan peminat membuak-buak adalah tentang cabutan bertuah yang ditawarkan. Dalam acara secara langsung ini nanti, hadiah-hadiah yang diumumkan dalam cabutan bertuah ini ialah konsol PS5 itu sendiri, PULSE 3D Wireless Headset, langganan 12-bulan PlayStation Plus, dan PS4 Theme “Space Fantasy”.

Para peminat di Malaysia, Thailand, Filipina, dan Vietnam benar-benar terasa hati apabila daripada empat hadiah cabutan bertuah ini, pemilik akaun PSN di empat negara ini hanya layak mendapatkan PS4 Theme “Space Fantasy”, sebaliknya tidak layak untuk berpeluang mendapatkan PS5, PULSE 3D Wireless Headset, dan langganan 12-bulan PlayStation Plus.

Terma dan syarat ini boleh dibaca di sini.

Apa sebenarnya perancangan PlayStation Asia dalam menyekat keempat-empat negara ini untuk menyertai cabutan bertuah ini tidaklah dapat diketahui. Mereka nampaknya benar-benar tidak mahu seorang pun pemain dari negara ini terlepas memiliki sebuah PS5, walaupun di setiap negara ini mempunyai sokongan PlayStation rasmi daripada Sony.

Sony Jangkakan Jualan PS5 Akan Lebih Tinggi Berbanding PS4 Dalam Tempoh Tahun Fiskal Pertama

PS5 akan dilancarkan pada 12 November di beberapa negara terpilih. Untuk pasaran Malaysia, Sony akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harganya apabila mereka sudah bersedia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Orwell’s Animal Farm: Rasai Pengalaman Game Adaptasi Dari Novel Tulisan George Orwell

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Kemaskini Baru FIFA 21 Buat Pengadil Kurangkan Kekerapan Beri Kad Kuning