in , , , ,

PlayStation App Di Mobile Kini Boleh Berbual Voice Chat Dengan Rakan Di PS4/PS5

PlayStation App yang ada di iOS dan Android akan mendapat mendapat kemaskini baharu, dan Sony telah menyenaraikan apakah fungsi-fungsi baharu yang akan diperkenalkan.

Kemaskini ini akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia bermula hari ini. Berikut ialah beberapa ciri dan fungsi baharu menarik yang akan ditampilkan:

User interface yang dikemaskini: Kelainan pertama sekali yang akan kelihatan ialah aplikasi ini akan berwajah baharu. Kita akan boleh melihat apakah yang rakan-rakan sedang main serta mengakses butiran di profile kita termasuklah game terkini yang dimainkan dan senarai Trophy.

Integrasi Message: Melalui kemaskini ini, Sony tidak lagi mengasingkan aplikasi utama PlayStation dengan satu lagi aplikasi untuk Message sahaja. Sebaliknya Message kini akan diintegrasikan ke dalam PlayStation App terus.

Voice Chat dan Party Groups: Ini merupakan fungsi terbaharu yang bakal mengubah kegunaan PlayStation App. Melalui aplikasi mobile ini, kita kini boleh berbual suara (voice chat) dengan rakan-rakan dalam Party Group — merentasi PlayStation App (mobile), PS4 dan PS5. Senang kata, kita kini boleh berbual dengan mereka di mana-mana sahaja tanpa memerlukan konsol lagi.

PlayStation Store: PS Store juga telah diintegrasi terus ke dalam aplikasi ini, tidak lagi membuka PS Store melalui browser luar, sekaligus menyajikan pengalaman membelek game-game di Store yang lebih lancar. Kita juga boleh memuat-turun game-game baharu ke PS4 dan PS5 dari jauh menggunakan PlayStation App.

Fungsi baharu PS5: Khas untuk PS5, kita akan boleh lancarkan game, mengurus storage (delete game), serta log masuk ke PS5 terus dari PlayStation App.

Berita-berita PlayStation: Akan ada tab ‘Explore’ yang mana ia akan memaparkan berita-berita rasmi dari para pembangun game serta kandungan baharu dari PS Blog.

Bagi korang yang masih belum ada PlayStation App, bolehlah muat-turun sekarang di iOS di sini dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Dan Ubisoft Umum Kerjasama Untuk Bikin Siri Live-Action, Anime Assassin’s Creed

Game Percuma PlayStation Plus November 2020 – 2 Game Untuk PS4, 1 Game Untuk PS5