Ramai menantikan berita PS5. Timbul pula khabar angin ianya akan boleh dimainkan pada resolusi 8K dan 120FPS! #BetulKeBohong?

Beberapa berita dirangkaikan dan dikaitkan TweakTown berkenaan PS5 8K dan 120FPS ini. Jom kita baca.

Pertamanya, semasa acara Inter BEE 2018 (International Broadcast Equipment Exhibition) di Tokyo beberapa minggu lalu, Sony telah mempamerkan teknologi TV generasi akan datang mereka – CLEDIS (Crystal LED Display System) dengan paparan 8K (7680×4320) pada 120Hz.

Pengumuman rasmi dari SONY

Bagaimana pula teknologi sistem TV generasi akan datang ini dikaitkan dengan PlayStation 5? Semasa acara Inter BEE 2018 tersebut, teknologi TV CLEDIS 8K 120FPS itu telah dipancarkan ke skrin bersaiz 440 inci. Skrin tersebut pula memaparkan Gran Turismo Sport (GT Sport) yang mungkin dimainkan pada platform PlayStation dengan ramai menjangkakan ianya satu bentuk prototaip PlayStation 5 yang akan datang. Jangkaan ini mungkin ada kebenarannya.

Beberapa bulan lalu, Kazunori Yamauchi, CEO Polypphony Digital berkata bahawa aset-aset game GT Sport yang dihasilkan pasukannya adalah over-spec sehingga mencapai kualiti resolusi 8K! Beliau menambah, pasukannya sedang over-speccing / menambahbaik aset-aset tersebut bagi konsol PlayStation di masa hadapan. “Ianya mengambil masa 6 bulan untuk menghasilkan satu kereta. Ianya over-spec untuk PS4 Pro. Jadi, kitorang sedang membangunkan game ini bagi konsol versi masa hadapan. Saya rasa ianya takkan bermasalah untuk dimainkan pada resolusi 8K!,” ujar Yamauchi-San lagi.

Video rakaman Gran Turismo Sport

GT Sport memang tidak boleh dimainkan pada resolusi 8K dan 120 FPS dengan mana-mana perkakasan/peranti yang ada setakat ini. Bagaimanapun, ini tidak menghalang Polyphony daripada memaparkannya pada 8K di acara CES 2018. Dari rakaman telefon di atas, kelihatan GT Sport yang lebih diperhalusi dan pencahayaan yang lebih real.

So, apa pendapat korang? Adakah dua berita ini mempunyai kaitan? Adakah kita akhirnya akan mempunyai PS5 berkeupayaan tinggi setanding PC? Sama-sama kita tunggu.

JomKomen!